Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

18 Pesawat Pejuang FA 50M Bernilai RM4 Bilion, Penghantaran Pertama Dijadual Jumaat Ini

pejuang
Kredit: Bernama

Malaysia dijadual menerima kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA 50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini bagi memperkukuh keupayaan tempur udara negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan pesawat berkenaan akan meningkatkan keupayaan pertahanan ruang udara negara, khususnya menerusi pengukuhan aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penerimaan pesawat ini adalah untuk memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, pesawat berkenaan akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, manakala sebahagian lagi akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

FA 50M Block 20 dilengkapi radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta Sniper Advanced Targeting Pod yang menawarkan kelebihan taktikal dan keupayaan melaksanakan serangan tepat.

Malaysia sebelum ini memeterai kontrak bernilai RM4 bilion dengan Korea Aerospace Industries (KAI) pada Mei 2023 bagi memperoleh 18 pesawat berkenaan.

Baki pesawat dijangka dihantar secara berperingkat, dengan keseluruhan penghantaran disasarkan selesai antara Mac hingga Jun 2028.

Intipati
  • Malaysia dijadual menerima kumpulan pertama pesawat FA 50M Block 20 pada Jumaat ini.
  • Pesawat itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan dan sebahagiannya di Labuan.
  • Kontrak RM4 bilion dengan KAI melibatkan 18 pesawat, dijangka lengkap menjelang Jun 2028.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan