Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

17 Tahun Berturut-turut, AirAsia Kekal Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

terbaik dunia
Kredit: Bernama

AirAsia sekali lagi dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun ke-17 berturut-turut pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2026.

Pengiktirafan itu hadir ketika AirAsia meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya, sekali gus mencerminkan usaha syarikat penerbangan berkenaan menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses dan mampu milik.

AirAsia syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax yang sering digelar sebagai ‘Oscar industri penerbangan’ merupakan antara pengiktirafan utama dalam industri penerbangan global.

Keputusan anugerah itu berdasarkan Tinjauan Syarikat Penerbangan Dunia tahunan yang dijalankan secara bebas oleh Skytrax, dengan mengambil kira pandangan pelancong dari seluruh dunia.

Pengasas Bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun yang menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat pada majlis tersebut, berkata kejayaan itu mencerminkan kepercayaan yang diberikan penumpang kepada AirAsia sepanjang 25 tahun beroperasi.

“Kami memulakan AirAsia 25 tahun lalu dengan misi mudah iaitu menjadikan penerbangan boleh diakses oleh lebih ramai orang.

“Melihat sejauh mana kami telah berkembang dan masih mendapat kepercayaan pelancong di seluruh dunia hari ini merupakan sesuatu yang amat kami banggakan,” katanya.

Kredit: AirAsia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata pengiktirafan berkenaan merupakan tanda keyakinan penumpang terhadap perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.

Beliau berkata kejayaan itu juga membuktikan ketabahan dan komitmen warga kerja AirAsia dalam memberikan perkhidmatan kepada penumpang, terutama ketika industri penerbangan berdepan pelbagai ketidaktentuan serta cabaran geopolitik.

“Kejayaan ini adalah milik semua Allstar kami yang terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, Edward Plaisted pula mengucapkan tahniah kepada AirAsia atas pencapaian berkenaan, sambil menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap usaha syarikat itu menyediakan pilihan perjalanan berkua

Intipati
  • AirAsia menerima anugerah Skytrax 2026 untuk tahun ke-17 berturut-turut.
  • Pengiktirafan itu hadir ketika AirAsia meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya.
  • Pemimpin AirAsia menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti kepercayaan penumpang dan komitmen pekerja.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan