Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

17 Penumpang Selamat, Bas Ekspres Terbakar Selepas Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

BERNAMA
Bas Ekspres Terbakar
Kredit: Orang Awam

17 Penumpang Selamat, Bas Ekspres Terbakar Selepas Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

ALOR GAJAH, 21 Mei (Bernama) -- Sebuah bas ekspres terbakar kira-kira 70 peratus dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kilometer 195.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.04 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah digerakkan ke lokasi dan sebuah jentera bantuan jenis tangki air dari BBP Ayer Keroh turut dihantar bagi membantu operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres dipercayai berpunca daripada kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafidzatullah berkata pasukan bomba kemudian berjaya mengawal dan memadam kebakaran manakala kesemua 17 mangsa termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan selamat.