Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

11,208 Pelajar Serlah Kreativiti, Gambarkan Keindahan Malaysia Dalam Pertandingan Kolaj

Seramai 11,208 pelajar daripada 534 sekolah di 141 daerah seluruh negara menyertai pertandingan kolaj KOKO KRAF CLUB anjuran Nestlé Koko Krunch dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan yang diadakan bersempena Visit Malaysia 2026 itu memberi peluang kepada pelajar meneroka keindahan tempat, budaya dan komuniti di sekeliling mereka menerusi tiga tema iaitu ‘Beauty of My District’, ‘Beauty of My State’ dan ‘Beauty of Malaysia’.

Selepas melalui peringkat daerah dan negeri, sebanyak 15 pasukan finalis bertemu di Grand Finale yang berlangsung di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Menariknya, tiga pelajar dari Sekolah Kebangsaan Balai Badang, Aniqkh Hasiff, Afifa Auliaa dan Nisaa Izz, muncul sebagai juara kebangsaan menerusi hasil kolaj yang mengetengahkan mercu tanda ikonik, hidupan liar tempatan, bunga Rafflesia serta elemen tradisional Malaysia.

Sebagai juara, mereka menerima wang tunai RM1,500 berserta sijil, manakala sekolah menerima RM2,000.

Menurut Business Executive Officer, Nestlé Cereal Partners Worldwide Malaysia dan Singapura, Philip Joe, setiap hasil kolaj yang dihasilkan pelajar membawa cerita tersendiri mengenai tempat, budaya dan komuniti yang dekat dengan mereka.

Beliau berkata penyertaan lebih 11,000 pelajar tahun ini turut menunjukkan potensi kreativiti generasi muda apabila diberikan ruang untuk mengekspresikan pandangan mereka.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Wong Kah Woh berkata platform seperti KOKO KRAF CLUB dapat melengkapkan pengalaman pembelajaran dengan memberi peluang kepada pelajar meneroka seni visual serta menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing.

Pertandingan itu turut memberi pengalaman bermakna kepada pelajar dari kawasan luar bandar.

Guru dari Sekolah Kebangsaan Tangkungon, Telupid, Sabah, Nelly Jimmy berkata dua daripada 15 penyertaan sekolah berkenaan berjaya mara ke peringkat akhir di Kuala Lumpur, sekali gus menjadi kebanggaan seluruh komuniti sekolah.

Pengalaman tersebut turut mendorong pihak sekolah untuk menubuhkan kumpulan khas kolaj sebagai persediaan menghadapi KOKO KRAF CLUB tahun hadapan.

Lebih daripada sekadar pertandingan seni, KOKO KRAF CLUB memberi peluang kepada pelajar melihat semula persekitaran mereka melalui perspektif berbeza, sambil meraikan kepelbagaian budaya, kreativiti dan identiti Malaysia.