Siakap Keli
faisal halim patah hidung
Gambar: Astro Arena/IG, Faisal Halim/IG

Faisal Halim Kongsi Imej X-Ray Patah Tulang Hidung

Faisal Halim Kongsi Imej X-Ray Patah Tulang Hidung

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, mengalami kecederaan serius melibatkan tulang hidung ketika perlawanan Liga Super menentang PDRM FC, semalam.

Insiden itu berlaku pada minit ke-55 perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ apabila Faisal bertembung dengan kapten The Cops, Faith Friday Obilor.

Difahamkan, siku Obilor dilihat terkena tepat pada wajah Faisal, menyebabkan kecederaan pada bahagian hidungnya.

https://www.instagram.com/reel/DIoyy-CylPm/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Menerusi hantaran di laman Instagram peribadi, Faisal berkongsi gambar X-ray yang menunjukkan dengan jelas keadaan tulang hidungnya yang patah.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai peminat dan rakan-rakan sepasukan yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar beliau segera pulih.

BACA: Pocket Rocketman Terus Beraksi Namun Secara Profesional

BACA: Hampir 45,000 Tiket Perlawanan Manchester United-Asean All-Star Sudah Terjual

BACA: Dominic Tan Antara 3 Pemain Dipercayai Bakal Sertai Asean All Stars

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.