Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BAC 2025: Lee Zii Jia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Tarik Diri

Hannah
BAC 2025
Sumber: Stadium Astro

BAC 2025: Lee Zii Jia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Tarik Diri

Malaysia bakal menghantar barisan pemain terbaik untuk bersaing di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, yang dijadualkan berlangsung di Ningbo, China pada April depan.

Pasukan kebangsaan mempertaruhkan bintang-bintang utama bagi mengharumkan nama negara di pentas badminton paling berprestij di Asia.

Antara yang disenaraikan termasuk pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang akan mengetuai cabaran dalam kategori beregu lelaki.

Turut mengukuhkan pasukan adalah juara Terbuka China musim lalu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Bagi kategori beregu wanita, tanggungjawab mengemudi pasukan diserahkan kepada Pearly Tan-M. Thinaah.

Manakala pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang konsisten dengan prestasi cemerlang, bakal memimpin aksi beregu campuran.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan terkini daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dua wakil utama negara dikhabarkan menarik diri daripada kejohanan ini.

Mereka ialah pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, dan gandingan finalis Jelajah Akhir BWF, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Namun, sehingga kini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung penarikan diri mereka.

BACA: Nilai Pasaran Pasukan Bola Sepak ASEAN

BACA: Shanda Hill, Atlet Wanita Pertama Tamatkan Ultra Deca Di Afrika Selatan

BACA: Legenda Tinju Heavyweight George Foreman Meninggal Dunia

Sumber: Stadium Astro