Siakap Keli
kasih anak bapa
Gambar: Taquiddin Tabarani

Kasih Seorang Anak Sanggup “Korban” Kerjaya Demi Bapa, Runtun Hati Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih Seorang Anak Sanggup “Korban” Kerjaya Demi Bapa, Runtun Hati Ramai

Harta yang tidak ternilai bagi seorang anak adalah kedua ibu bapa. Jasa kedua mereka dalam membesarkan seorang anak sejak lahir tidak mampu dibalas dengan wang ringgit, emas mahupun permata di dunia ini.

Sukar untuk menggambarkan bagaimana rasanya terpaksa menjalani kehidupan tanpa kedua orang tua, yang selama ini menjadi tempat bergantung.

Oleh itu, kita sebagai seorang anak yang masih diberikan kesempatan untuk memeluk erat tubuh mereka, hendaklah menabur bakti terhadap kedua ibu bapa.

Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki, Muhammad Ashraaf yang sanggup berhenti kerja demi menjaga bapanya, yang kini terlantar di atas katil kerana mempunyai masalah kesihatan.

Kisah meruntun hati ini dikongsikan dalam satu hantaran Facebook, Taqiuddin Tabarani, yang juga abang kepada Ashraaf.

Kasih Seorang Anak

Ashraaf merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkerja sebagai pembantu perubatan (MA) di sebuah klinik Veteriner di Bangi.

Pada suatu hari, dia terpaksa mengambil keputusan berat dalam hidupnya, iaitu berhenti bekerja, dalam kerjaya yang diceburi setelah ayah tercinta jatuh sakit. Apatah lagi, ia memerlukan Ashraaf  untuk berulang-alik dari Institut Kanser Negara (IKN).

Berbekalkan wang pencen penjawat awam yang diperolehi oleh ayahnya menjadi sumber Ashraaf untuk menjaga bapanya.

Ayah Taknak Berjauhan Dengan Ashraaf

“Sampailah satu ketika, masa ayah sedang sakit dan perlukan dia ulang-alik ke IKN, ayah minta dia resign dan ayah cakap ayah bayar gaji dia dari pencen penjawat awam dia.

“Sejak dari itu dia mula jaga ayah di rumah. Kenapa ayah pilih dia? Sebab ni anak manja ayah dari dulu. Dia dari kecil perlukan perhatian lebih sebab ada G6PD. Dulu ridsect tak boleh kena, kacang parang tak boleh, ubat gegat tak boleh,” katanya.

Meskipun, satu kerugian buat adiknya kerana seorang yang cemerlang dalam akademik, namun Taquiddin percaya perkara yang menimpa keluarganya ini terselit seribu satu hikmah yang lebih besar, ingin diberikan oleh Allah SWT.

“Tapi dia ni pandai, belajar tak banyak tapi score. Abang dia tuisyen siang malam, tapi SPM ke laut pula. Hahaha.

“Paling tak boleh brain dia selalu main game. Minecraft la apa la, tapi dia score. Ahh mencik. Aku ni macam takde talent dalam belajar pulak hahaha.

“Tapi apa apa pun, apa apa berkenaan dengan prosedur ayah dia terpaling tahu. Aku ni kalau nak menolong ayah pun sampai ayah tanya dulu.

“Acap mana? Ayah nak Acap..

“Kadang aku ni duduk tepi ni tak tahu nak buat apa. Tapi aku cuba la juga. Tak nak jadi tunggul. Aku akui ada hikmah dia jadi MA kat Vet sebelum ni. Sebab dia dah biasa buat buat kerja macam dressing ni.

“Bagi kat aku, memang ayah pun stress agaknya. Sebab aku banyak tanya. Yelah, nak urus ayah yang sakit tak sama nak urus pergi kereta dekat puspakom. Lain tau. Asyik tanya ayah sakit kat mana, ni nak buat apa. Fed up la ayah dengar soalan tu. tapi acap semua dia tahu.

Sebagai seorang abang, Taquiddin mendoakan segala urusan adiknya dalam menjaga ayah mereka dipermudahkan.

“Abang doakan kehidupan ko diberkati Allah cap. Walaupun orang cakap ko ni pelik, tapi bagi abang ko bukan pelik, tapi rare breed.

“Nanti Mei abang belanja ko tengok movie minecraft cap. Terima kasih sebab sanggup resign sebab nak jaga ayah. Maaf sebab abang selalu sibuk. Tapi sekarang abang cuba datang setiap hari sebab nak ngaji dengan ayah,”  luahnya.

https://www.facebook.com/taqiuddin.tabarani/posts/pfbid02Hw14dC6T4TzB1Z955stXBXwvJfVrrT2VWnkUEgFYvSRnfkXX64M3W3dPy669FMkql

Sumber: Facebook Taquiddin Tabarani

BACA: Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan Menghembuskan Nafas Terakhir 

BACA: Situasi Banjir Semakin Buruk Di Johor, Sabah Dan Sarawak

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.