Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di empat negeri.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat termasuklah negeri Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor.
“Di Sarawak, hujan berterusan dijangka berlaku hari ini hingga 20 Mac, melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
“Di Sabah pula, hujan berterusan dijangka berlaku bermula 20 hingga 21 Mac ini. Ini membabitkan daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Tambah METMalaysia, keadaan cuaca serupa turut dijangka berlaku di Pahang dan Johor bermula 20 hingga 21 Mac ini.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” maklum METMalaysia lagi.
Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Dua Beranak Rentung Dalam Kemalangan Babit Dua Treler
BACA: Hans Isaac Bukan Lagi Pengerusi PSM
BACA: Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS
Sumber: METMalaysia