Ini Cara Buat Kerabu Ikan Bilis Masam Manis Ala Ibu Neelofa
Ramai yang branggapan bahawa makanan lazat mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Hakikatnya, banyak sahaja menu lazat yang mudah dan hanya mengambil masa yang sekejap untuk dimasak, tetapi tetap menggoda selera.
Contohnya, hidangan yang berasal dari Kelantan seperti kerabu mangga, kerabu kerang atau kerabu ikan bilis.
Jadi, SK hari ini bawakan resipi kerabu ikan bilis ala ibu Neefola, yang dikongsi oleh pengguna TikTok @senokperutoffcial.
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Ikan bilis
- Minyak masak
- Bawang merah (dihiris halus)
- Serai (dihiris nipis)
- Daun limau purut (dihiris)
- Cili padi (mengikut tahap kepedasan masing-masing)
- Tomato (dihiris kecil)
- Kacang botol (dihiris nipis)
- Limau nipis
- Gula melaka
- Kicap sotong
Cara penyediaan
1. Goreng ikan bilis – Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan rangup. Ketepikan.
2. Sediakan bahan hirisan – Potong bawang merah, serai, daun limau purut, cili padi, tomato dan kacang botol. Pastikan semua bahan dihiris nipis untuk memudahkan gaulan nanti.
3. Sediakan sos – Dalam mangkuk kecil, campurkan kicap sotong, gula melaka dan perahan limau nipis. Sesuaikan rasa mengikut selera – jika suka masam, lebihkan limau, dan jika suka manis, tambah gula melaka.
4. Gaulkan semua bahan – Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan hirisan tadi bersama sos yang telah disediakan. Gaul hingga rata. Jangan lupa, masukkan daun limau purut dengan jumlah yang sederhana kerana jika terlalu banyak, ia boleh menyebabkan rasa kerabu menjadi pahit.
5. Tambahkan ikan bilis – Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaul lagi sekali sehingga semuanya bercampur dengan sempurna.
@senokperutofficial Resepi best Musim Hujan. Kerabu Ikan Bilis Masam manis ala Mama Tini. Abe La singgah sekejap rumah Mama di TTDI belajar cara buat menu feveret famili dia. Senang saja. #resepi #kerabu #ikanbilis #laukkampung
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Kombinasi rasa masam manis dan pedas, confirm sedap makan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba.
BACA: Resipi Nachos Paling Ringkas, Boleh Buat Sendiri Kat Rumah
BACA: Chef Amer Kongsi Rahsia Cucur Udang Gebu Pikat Selera
BACA: Resipi Mi Kicap, Makan Dengan Cili Potong Menambah Selera
Sumber: Senok Perut via TikTok