Ke Mana Pergi Duit KWSP Jika Ahli Meninggal Dunia?
Sebut sahaja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majoriti rakyat Malaysia mengetahui tabung simpanan persaraan ini.
Seperti kita tahu, kewujudan KWSP adalah membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Simpanan wang ini hanya boleh dikeluarkan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun dan ke atas.
Walaupun dengan penstrukturan akaun Fleksibel, yang membolehkan pengeluaran wang pada bila-bila masa, namun ia hanya sejumlah wang daripada keseluruhan simpanan dalam tabung berkenaan.
Pasti ramai di antara kita pernah terfikir, apa yang akan terjadi dengan duit simpanan KWSP jika ahli (kita) meninggal dunia sebelum had umur pengeluaran wang?
Adakah wang anda akan dibekukan atau diberikan kepada saudara terdekat? Memandangkan Akaun 1 dan Akaun 2 hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan situasi sebenar jika ahli KWSP meninggal dunia sebelum umur 55 tahun ke atas.
Apa berlaku dengan duit KWSP jika ahli meninggal dunia?

Sebenarnya, jika ahli tersebut meninggal dunia, duit KWSP boleh dikeluarkan menerusi kaedah Pengeluaran Kematian.
Untuk ketahui lebih lanjut, baca tentang Pengeluaran Kematian KWSP di ruangan bawah.
Pengeluaran Kematian
BACA: Individu Persoal Mana Duit Zakat MAINS, Sekali Terdiam Bila Ditunjuk Mana Pergi Duit RM98 Juta
Menurut KWSP, sekiranya ahli tersebut meninggal dunia, simpanan KWSP merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
Siapa Yang Boleh Memohon?
Terdapat dua kategori bagi mereka yang boleh melakukan permohonan Pengeluaran Kematian iaitu Penama dan Tanpa Penama.
Penama
Sekiranya ahli telah menetapkan penama (pewaris) bersama pihak KWSP dengan syarat, penama boleh mengeluarkan kesemua bahagian telah ditetapkan yang berada di atas nama penama.
Bagaimanapun, penama mestilah berumur 18 tahun dan ke atas supaya penama layak untuk melakukan permohonan Pengeluaran Kematian.
Syarat Jika Penama Meninggal Dunia
Bagi ahli beragama Islam, penamaan boleh terbatal sekiranya penama tidak melakukan sebarang permohonan dalam tempoh 1 tahun kematian ahli atau penama masih di bawah umur 18 tahun semasa melakukan permohonan. Sekiranya didapati penama meninggal dunia tidak lama selepas kematian ahli, waris terdekat ahli adalah yang layak untuk membuat permohonan pengeluaran.
Berbeza pula untuk ahli yang bukan beragama Islam, sekiranya penama meninggal dunia terlebih dahulu sebelum ahli sendiri, maka waris terdekat ahli yang layak membuat permohonan. Seandainya penama meninggal dunia selepas kematian ahli, maka waris terdekat penama yang layak untuk memohon Pengeluaran Kematian.
BACA: Polis KL Tawar 50 Peratus Diskaun Saman Bermula Esok Hingga Sabtu
Tanpa Penama
Sekiranya ahli tidak menetapkan penama, akaun KWSP ahli masih sah untuk dimohon oleh mana-mana pihak yang tertentu mengikut status perkahwinan ahli semasa meninggal dunia.
1. Ahli yang telah berkahwin
- Balu atau duda
- Anak-anak atau penjaganya
- Ibu bapa ahli
- Pentadbir Pustaka Ahli
2. Ahli yang belum berkahwin
- Ibu bapa ahli
- Adik-beradik (ibu bapa yang telah tiada)
- Pentadbir Pusaka Ahli
Apa Yang Boleh Dikeluarkan?

Berikut adalah jumlah bayaran dan tempoh permohonan pengeluaran yang dapat dilakukan oleh mereka yang layak untuk membuat Pengeluaran Kematian ke atas akaun simpanan KWSP bagi yang tidak mempunyai penama.

Kaedah Bayaran:
Terdapat dua cara bayaran yang dapat dilakukan iaitu Bayaran Dalam Malaysia dan Bayaran Luar Malaysia.
1. Bayaran Dalam Malaysia
Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon dengan syarat:
- Pemohon mempunyai akaun bank yang aktif digunakan dengan bank panel KWSP yang terpilih.
- Nombor kad pengenalan (IC) pemohon adalah sama dengan rekod bank.
- Bayaran dalam matawang Ringgit Malaysia (RM).
- Sekiranya bayaran gagal dikreditkan ke akaun pemohon, bayaran akan diberikan dalam bentuk Cek Jurubank.
BACA: Kerugian Pelaburan Khazanah, PNB: SPRM Serbu Empat Premis Perniagaan
2. Bayaran Luar Malaysia
Bayaran akan dilakukan melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang seperti berikut:
- Pemohon boleh nyatakan jenis matawang di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut disenaraikan oleh KWSP dengan tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
- Dalam matawang US Dollar jika matawang yang dipohon tiada dalam senarai KWSP, bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing.
- Pemohon memberikan alamat di luar negara.
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang KWSP 9KM (AHL) dan senarai semak dokumen
- Salinan dokumen pengenalan diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
- Salinan dokumen sijil kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
- Sijil kematian ahli ATAU sijil kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
- Sijil kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU sijil perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU sijil penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
- Butiran akaun bank (akaun simpanan/ akaun semasa/ surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/akaun harta pusaka si mati – nama si mati)
- Dokumen bukti pertalian (sijil daftar kahwin/sijil akuan sumpah kahwin bagi ahli bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
- Surat kuasa (surat pentadbiran mahkamah/institusi perundangan/ Amanah Raya Berhad (ARB))
- Pengistiharan tanggungjawab penerima (Islam – Lampiran A)
- Pengistiharan tanggungjawab penerima (Bukan Islam – Lampiran B)
Dokumen Tambahan:
1. Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
2. Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
3. Sijil/Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
4. Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
5. Bukti Pertalian
6. Dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh KWSP
Bantuan Kematian
Pengeluaran ini adalah merupakan Bantuan Kematian kepada waris ahli yang terkesan dengan pemergian ahli, tertakluk atas budi bicara pihak KWSP.
Pembayaran berjumlah RM2,500 hanya akan diberikan sebanyak satu kali pembayaran sahaja bergantung kepada bilangan tanggungan ahli yang layak menerima (balu/duda, anak atau ibu bapa ahli berdasarkan status perkahwinan ahli).
Kelayakan Bantuan Kematian:
- Warganegara Malaysia (Permastautin atau Permastautin Tetap) atau bukan warganegara yang telah berdaftar ahli sebelum 1 Ogos 1998.
- Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) tertakluk kepada status perkahwinan ahli.
- Ahli meninggal dunia sebelum berumur 60 tahun.
- Permohonan diterima dalam tempoh 6 bulan dari mula tarikh kematian ahli.
- Ahli mempunyai baki simpanan semasa permohonan Pengeluaran Kematian dilakukan.