Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video) Ingatkan Lebam Biasa, Rupanya Kanser Berbahaya Dan Mungkin Tidak Dapat Diselamatkan Hanya Kerana Dia Orang Asia

Ditulis oleh Eddy Hassan, 18 Mei 2018

Satu pasangan suami isteri kini berhadapan dengan kekangan masa untuk mencari penderma tulang sumsum untuk menyelamatkan anak mereka daripada bahaya penyakit leukaemia yang sangat jarang berlaku.

Ibu bapa kepada Kaiya Patel, 5, yang kini menetap di London hanya mempunyai masa selama 2 bulan sahaja untuk mencari penderma yang sepadan namun ia mungkin tidak berlaku hanya disebabkan mereka berbangsa Asia.


Tiada sesiapa pun dalam kalangan keluarganya yang sepadan dan boleh menjadi penderma, dan disebabkan faktor etnik, peluang untuk Kaiya bertemu dengan penderma yang sepadan mengecil kepada 20.5 peratus sahaja.

Keluarga ini mendedahkan bahawa mereka merasa amat kecewa apabila kesam lebam pada kaki anak mereka yang disangkannya biasa, rupanya petanda kepada kanser berbahaya.

''Ia sangat mengecewakan, saya tidak menyangka ia begitu serius apabila saya membawanya untuk pemeriksaan di hospital disebabkan ia perkara biasa untuk kanak-kanak sepertinya mempunyai kesan lebam.

''Kaiya beritahu saya kesan lebam itu disebabkan dia cuai seperti saya. Jadi, ia adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila mendapat tahu ia tanda-tanda kanser,'' kata ayahnya Ruchit Patel, 37.

Menceritakan kejadian tersebut, Ruchit dan isterinya, Annu Patil, 37, menghubungi rakan mereka yang juga seorang doktor bagi meminta pendapat mengenai kesan lebam yang ada pada kaki Kaiya.


Rakan mereka kemudian bergegas membuat temu janji dengan bahagian rawatan kemalangan dan kecemasan (A&E). Kaiya kemudian didiognasis dan disahkan menghidap kanser darah akut yang jarang berlaku iaitu, leukaemia limfoblastik.

Pembedahan pemindahan mungkin dapat menyelamatkan nyawa Kaiya, namun ia menjadi mustahil kerana tidak ramai orang Asia yang berdaftar sebagai penderma sel stem.

''Kami sebelum ini menjalani kehidupan bekerluarga yang normal. Dua orang anak perempuan kami menghadiri ke sekolah, belajar tarian dan gimnastik seperti kanak-kanak yang lain.


''Kami menyedari kewujudan kesan lebam pada kaki Kaiya dan ia kelihatan teruk, namun kami tidak mendapat sebarang laporan daripada sekolah bahawa dia terjatuh dan tercedera.

''Saya kemudian mengambil gambar kesan lebam pada kaki Kaiya dan menghantar kepada rakan doktor untuk meminta pendapat. Dia menyuruh saya segera membawa Kaiya ke A&E.

''Kami sepatutnya menaiki penerbangan untuk bercuti pada waktu petang (hari Kaiya diperiksa), jadi kami membawa Kaiya ke A&E pada waktu pagi. Selepas doktor membuat ujian darah, mereka memberitahu bahawa kami tidak akan kemana-mana kerana Kaiya mungkin menghidap leukaemia,'' kata Ruchit.

Keluarga ini diberitahu bahawa Kaiya memerlukan pemindahan sel stem, juga selalu disebut sebagai pemindahan tulang sumsum, bagi menyelamatkan nyawanya.


Ketika orang Eropah boleh mendapatkan penderma dengan kadar 60 peratus, nasib Kaiya, warga Asia dan orang kulit hitam sedikit berbeza, mereka hanya mempunyai kebarangkalian untuk bertemu penderma pada 20.5 peratus sahaja.

Tidak rela kehilangan nyawa anak mereka, keluarga ini kemudian menghasilkan satu akaun Facebook, Be Kaiya's Donor dan satu akaun Twitter, Kaiya Patel untuk mencari penderma.

Setakat ini, Ruchit memberitahu seramai 6000 orang yang berhati mulia menyatakan kesediaan untuk menjadi penderma sel stem kepada Kaiya. Namun mereka masih gagal untuk menemui penderma yang sesuai.

''Kaiya kini perlu menjalani kemoterapi, dan fizikalnya mula menunjukkan kesan apabila rambutnya mula gugur.

''Dia boleh pulang waktu malam untuk tidur di rumah, namun perlu kembali ke hospital waktu siang untuk meneruskan rawatan,'' kata bapanya lagi.

Limfo limfoblastik akut adalah adalah sejenis kanser yang jarang-jarang berlaku dan agresif serta memerlukan rawatan segera.


Kanser ini menyebabkan tulang sumsum melepaskan darah putih dalam jumlah yang banyak ke seluruh anggota badan ketika badan belum bersedia. Ini menyebabkan sel sarah merah berkurang dan memdedahkan pesakit kepada jangkitan.

Antara tanda-tanda kanser ini adalah badan bertukar pucat, sukar bernafas dan mudah lebam. Dalam kes Kaiya, lebam-lebam itu muncul menandakan berlakunya jangkitan.

Keluarga itu juga memberitahu mereka tidak menyedari sebarang simptom-simptom yang menandakan Kaiya menghidapi penyakit kronik.

''Bila difikirkan semula, saya teringat Kaiya pernah mengalami pendarahan hidung. Namun tiada sesiapa pun akan menjangka bahawa pendarahan hidung dan lebam adalah petanda kepada penyakit kanser,'' kata Ruchit lagi.

Kanser yang dialami oleh Kaiya adalah jenis kanser agresif dan amat berbahaya, dalam banyak keadaan pesakitnya berakhir dengan kehilangan nyawa. Selain itu, ia sangat jarang berlaku dan 0.1 peratus daripada kes leukaemia yang dilaporkan. Hanya 1 kes sahaja yang dilaporkan berlaku untuk tempoh 10 tahun terkini.



Sumber : Dailymail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  2. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "