Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Sekurang-Kurangnya 9 Terbunuh Dan 40 Lain Cedera Dalam Serangan Bom Di Tiga Gereja Di Indonesia

Ditulis oleh Eddy Hassan, 13 Mei 2018

Tiga serangan bom yang menyasarkan tiga rumah ibadah penganut agama Kristian di Surabaya, Indonesia pagi tadi menyaksikan sekurang-kurangnya 9 orang terkorban, manakala mencederakan hampir 40 orang yang lain.

Menurut jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, sekurang-kurangnya 40 orang tercedera termasuk dua anggota polis di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan berhubung serangan yang menyasarkan gereja di bandar pelabuhan yang terletak di pantai timur Kepulauan Jawa itu.


Suspek-suspek penyerang bom bunuh diri itu menjadikan Gereja Katolik Santa Maria, Gereja Kristian Indonesia dan Gereja Pusat Pentecost sebagai sasaran serangan tersebut. Letupan di Gereja Santa Maria mengorbankan 4 nyawa, manakala masing-masing 2 orang di gereja yang lain. Seorang lagi terkorban ketika menerima rawatan.

Menurut laporan media tempatan Antara, letupan pertama berlaku pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) di Gereja Santa Maria, sebelum letupan seterusnya yang berlaku pada pukul 7.35 dan 8 pagi.


''Setakat ini, letupan hanya berlaku di tiga lokasi yang dinyatakan. Jangan percaya dengan khabar angin yang mendakwa letupan berlaku di lima lokasi.

''Kami mengesyaki ia serangan bunuh diri,'' kata jurucakap polis itu lagi yang enggan mendedahkan butiran lebih lannjut.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut, namun agensi perisikkan Indonesia tidak menolak ia mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang dipengaruhi perjuangan ISIS.


Menurut jurucakap agensi tersebut, Wawan Purwanto, kejadian serangan ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan insiden berdarah di penjara di Jakarta baru-baru ini.

Dalam insiden tersebut, lima pegawai polis ditahan dan dibunuh oleh banduan dalam rusuhan yang dipercayai dimulakan oleh militan yang ditahan disitu.







Sumber : CNN, ABC News


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungan Anda disini updatebetting
    Kontak bbm 7ACD8560 :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "