Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Demi 'Like' Remaja Sanggup Gadai Nyawa Di Landasan Keretapi

Ditulis oleh Sha Rossa, 2 Mei 2018

Satu rakaman mengejutkan menunjukkan seorang remaja lelaki di Rusia sanggup menggadai nyawa dengan melakukan aksi bahaya semata-mata demi menarik 'like' di media sosial.

Alexey Derbilov, 19, dirakam melompat ke atas landasan kereta api lalu berbaring di dalam lubang keselamatan sebelum sebuah kereta api yang meluncur laju tiba di stesen metro Vistavochnaya, Moscow.

Derbilov dilihat sempat melindungi kepalanya menggunakan kedua belah tangan ketika berbaring di landasan sambil menunggu kereta api selesai menurunkan penumpang.

Sementara itu, rakan Derbilov yang merakam insiden itu sempat berpesan kepadanya supaya jangan bergerak sehingga kereta api berlalu pergi.

Sebaik bangun daripada landasan, seorang pekerja stesen yang terlihat Derbilov memarahinya kerana menyifatkan perbuatan tersebut membahayakan keselamatan.

Namun Derbilov berbohong dengan mengatakan dia terjatuh di atas landasan. Bagaimanapun, Derbilov akhirnya ditahan polis setelah rakannya memuat naik video tersebut di laman sosial keesokan harinya.

"Saya melakukan aksi tersebut untuk mendapat banyak like dan meraih perhatian di laman sosial," ujar Derbilov.

Dia bagaimanapun melahirkan rasa kesal setelah menyedari aksi 'bodoh' itu bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri tetapi juga nyawa penumpang lain.

Derbilov kini berdepan perbicaraan apabila pihak polis mendapati banyak lagi video yang dimuat naik ke laman sosialnya menyalahi undang-undang negara.


Sumber : Dailymail



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam
  2. Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "