Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ringgit Dijangka Tinggi Berbanding Dolar AS Minggu Hadapan

Ditulis oleh farra vy, 12 Mei 2018

Bahang PRU 14 tidak hanya memberi kesan kepada keseluruhan rakyat Malaysia, malah dikatakan juga kesan daripada ini, prestasi ringgi akan mengukuh berbanding dolar US pada minggu hadapan. 

Ketua Strategi dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, "kami menjangkakan arah ringgit pada minggu depan akan dipengaruhi oleh berita tempatan susulan keputusan pilihan raya yang di luar jangkaan."

Beliau menambah lagi, perkembangan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang dijadualkan pada 17 Mei ini dilihat memberi impak penting bagi kalendar ekonomi.

"Pengumuman mengenai KDNK itu dijangka terus memaparkan keadaan ekonomi Malaysia yang pesat berkembang," katanya.

Tun Dr Mahathir juga telah menegaskan pada sidang media Khamis lalu bahawa kerajaan baru dibawah tampuk pemerintahan Pakatan Harapan ini akan berusaha untuk menjadikan ringgit terus kukuh.

Bagi perbandingan Jumaat ke Selasa, ringgit secara amnya tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar US kepada 3.9480/9530 daripada 3.9390/9420 minggu lepas.

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9498/9540 daripada 2.9523/9548 dan merosot berbanding yen kepada 3.6250/6299 daripada 3.6095/6132, sebelum ini.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3353/3437 daripada 5.3389/3446 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6898/6962 berbanding 4.7103/7154 pada Jumaat lepas.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "