Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Beritahu Ibu Saya Sayangkan Dia," Pesanan Menyayat Hati Remaja Di Talian 911 Sebelum Maut Akibat Lemas Ditimpa Kerusi Kereta

Ditulis oleh Eddy Hassan, 2 Mei 2018

Seorang remaja dari Ohio, Amerika Syarikat maut apabila lemas setelah dihempap kerusi kereta milik keluarganya, walaupun mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 911 sebanyak dua kali menggunakan Siri.

Klye Plush, 16, ditemui mati oleh bapanya pada Selasa di tempat letak kereta berdekatan Sekolah Seven Hills, sekolah swasta di Cincinnati, Ohio.

Pegawai penyiasat yang menyiasat kejadian tersebut mendapati operator yang menyambut panggilan kecemasan kedua mangsa tidak mengikut protokol yang ditetapkan dan gagal memaklumkan kepada pihak polis situasi terdesak mangsa ketika itu. Oleh itu, pihak polis kemudian membatalkan pencarian selepas carian awal dilokasi gagal menemui pemanggil yang membuat panggilan kecemasan tersebut.


Pejabat Koroner Hamilton County dalam bedah siasat awalnya mendapati punca kematian Plush disebabkan ''asphyxia akibat tekanan pada dada'' dan kematiannya disahkan sebagai satu kes kemalangan.

Ia masih belum jelas kenapa ia boleh berlaku, tetapi pihak penyiasat mendapati ada masalah untuk menerima kedua-dua panggilan kecemasan yang dibuat Plush. Menurut penyiasat, ketika panggilan pertama diterima, sekitar pukul 3.16 petang selama 2 minit dan 56 saat, Plush didapati tidak dapat mendengar suara operator, dan tiada perbualan yang berlaku. Setelah panggilan terputus, operator kecemasan menghubunginya semula, namun panggilan hanya masuk ke peti pesanan suara.

Ketika itu, penyiasat memberitahu dua anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari kereta mangsa namun tidak menemuinya.

Plush kemudian menghubungi talian 911 sekali lagi, dan operator lain yang menyambut panggilan tersebut masih mempunyai masalah untuk mendengar suaranya.

''Operator tidak dapat mendengar suara pemanggil, namun tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis, yang mana ketika itu masih ada di lokasi kejadian. Ada masalah di talian tersebut,'' kata penyiasat lagi.


Transkrip kedua-dua panggilan didedahkan oleh penyiasat.

''Tolong, tolong, tolong, tolong, saya tidak boleh mendengar suara kamu. Saya dalam keadaan sangat terdesak dan memerlukan bantuan..saya hampir mati di sini..tolong'', kemudian talian terputus.

Semasa Plush membuat panggilan kecemasan kedua, Plush meninggalkan pesanan kepada operator untuk disampaikan kepada ibunya.

''Saya sudah tidak punyai masa, jadi tolong beritahu ibu saya yang saya sayangkan dia jika saya mati. Ini bukan gurauan. Ini bukan gurauan. Saya terperangkap di dalam kereta Honda Oddyssey berwarna emas di tempat letak kereta Seven Hills. Hantar orang ke sini dengan segera. Saya hampir mati.''

''Awak dengar tak suara saya''


Panggilan itu tamat dengan cubaan berkali-kali remaja tersebut untuk mengaktifkan Siri pada Iphonenya.

''Hey Siri''

''Hey Siri''

''Hey Siri''

''Hey Siri''

''Hey Siri''

Plush kemudian ditemui mati oleh bapanya sejam kemudian setelah keluar mencari keretanya menggunakan aplikasi pengesan kedudukan selepas menghubungi pihak polis.

Mangsa maut setelah tersepit diantara kerusi yang menghempap dadanya ketika cuba mencapai beg peralatan sukan tenisnya.

Sumber : TIME
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam
  2. Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "