Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Yang Tidak Tahu 4 Makanan Ini Boleh Tingkatkan IQ Anak Dan Kuatkan Sistem Imun Badan Mereka, Doktor Ini Kongsi Info Buat Ibu Bapa

Ditulis oleh Sha Rossa, 6 Mei 2018

Kesihatan anak pastinya sentiasa menjadi keutamaan ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka bijak dan sihat dari segala penyakit.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa. Pastinya tidak pernah terfikir oleh kita empat makanan ini sebenarnya bermanfaat untuk perkembangan IQ dan kesihatan anak-anak.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Lepas nie, boleh lah latih anak-anak makan makanan yang mungkin jadi kegemaran ibu bapa nie ye tak? Semoga bermanfaat.

Tak Perlu Makanan Yang Mahal-Mahal Pun Untuk Tingkatkan IQ, Kuatkan Sistem Imun dan Sihatkan Usus Anak Kita.

Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:

1. Budu


2. Yogurt asli tanpa perisa


3. Tempe


4. Cencalok


Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Bahasa mudahnya probiotik ni adalah 'kuman baik'. Dalam tubuh anak kita ada 'kuman jahat' dan 'kuman baik'. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.

Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.

Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni. Antaranya :

1) Mengurangkan cirit birit anak
2) Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna
3) Menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus
4) Menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak

" Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya "

p/s : Banyak lagi saya kongsi teknik menjaga anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join t.me/NotaTaufiqRazif. Jom sebarkan info ni pada mak ayah yang belum tahu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "