Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramadan 2018, Negara Dengan Tempoh Puasa Paling Panjang Dan Paling Pendek Di Seluruh Dunia

Ditulis oleh Eddy Hassan, 17 Mei 2018

Hari ini 17 Mei 2018 merupakan hari bermulanya ibadah puasa buat semua penganut agama Islam di Malaysia. Walaupun waktu imsak dan berbuka berbeza bagi setiap negeri, namun secara puratanya kita akan berpuasa selama 13 hingga 14 jam.

Didalam tempoh ini, umat Islam yang berpuasa perlu 'menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari, berserta niat', berdasarkan maksud syarak.

Namun tahukah anda, ada negara-negara tertentu yang perlu berpuasa dalm tempoh masa yang jauh lebih lama daripada kita, namun ada juga negara yang tempoh puasanya lebih singkat. Cabarannya juga berbeza kerana ada negara ini terletak di kawasan sejuk dan juga ada di bahagian dunia yang lebih panas.

Ini adalah senarai negara-negara dimana penduduknya yang beragama Islam perlu menjalani ibadah puasa dalam tempoh-tempoh tertentu.

1. Sweden, Iceland dan Norway


Negara-negara Scandinavian ini terletak di kawasan Eropah Utara dan merupakan negara yang boleh dikatakan mempunyai pemandangan terindah di dunia. Selain mempunyai suasana yang sejuk dan nyaman, taraf hidup masyarakat di negara ini juga tinggi.

Pada tahun lepas, penduduk Muslim di Greendland misalnya perlu menjalani ibadah puasa selama 21 jam. Namun pada tahun ini, negara-negara Scandinavian kecuali Denmark perlu menjalani ibadah puasa selama 20 jam, sama seperti tahun lepas.

2. Denmark


Denmark merupakan negara-negara yang terletak di dalam kawasan Scandinavian seperti di atas. Pada tahun lepas, mereka yang beragama Islam di Denmark perlu berpuasa selama 21 jam, sama dengan penduduk Islam di Greendland.

Namun pada tahun ini, mereka sedikit bertuah kerana cuma perlu berpuasa selama 19 jam sahaja. Kurang dua jam daripada tahun lepas.

3. Amerika Syarikat dan Kanada


Walaupun Amerika Syarikat ini terkenal dengan sikap anti-Islamnya terutama di kerajaan peringkat pusat, namun tidak dinafikan ia antara negara menjadi tumpuan penduduk dunia dan juga umat Islam.

Bergantung kepada lokasi sebenar mereka, umat Islam di Amerika Syarikat dan Kanada akan berpuasa dalam tempoh sekitar 16 - 19 jam.

4. Belanda, Belgium dan Jerman


Negara-negara di benua Eropah ini adalah antara negara-negara yang terkenal dengan sukan bola sepak. Malah, ada pemain-pemain yang beraksi di liga sana ataupun mewakili pasukan kebangsaan yang beragama Islam.

Jika mereka berada di Jerman, pemain-pemaian seperti Mesut Ozil, Emre Can dan Sami Khedira perlu menjalani ibadah puasa selama 18 jam.

5. Sepanyol


Sepanyol antara negara yang menjadi tumpuan dunia kerana kemeriahan liga bola sepaknya. Maka ramailah pemain-pemain beragama Islam yang berhijrah dan beraksi bersama-sama dengan kelab-kelab gergasi yang beraksi di dalam La Liga.

Di Sepanyol, mereka yang beragama Islam perlu berpuasa selama 17 jam.

6. Magribi, Algeria, Tunisia dan Libya


Negara-negara Islam yang terletak di benua Afrika ini sememangnya sudah dikenali ramai kerana ia tidak pernah sunyi daripada konflik.

Walau apapun situasi di sana, umat Islam perlu menjalani puasa selama 16 jam.

7. Kuwait, Iraq, Arab Saudi dan Jordan


Di negara-negara yang terletak di padang pasir ini, penduduk majoritinya adalah mereka yang beragama Islam. Selain cuaca panas dan dan kering, umat Islam di sana perlu menjalani ibadah puasa selama 15 jam.

8. Pakistan dan Bangladesh 


Di kebanyakkan negara Asia, umat Islam perlu menjalani ibadah puasa selam 14 - 16 jam. Namun di negara Pakistan dan Bangladesh, hanya perlu berpuasa selama 14 jam sahaja.

9. Australia


Berita gembira buat pelajar-pelajar Malaysia yang beragama Islam yang menuntut di negara Kangaroo itu, kali ini mereka hanya perlu berpuasa sekitar 12 jam sahaja.

10. Brazil dan Argentina


Brazil dan Argentina adalah negara yang terkenal dengan bola sepak selain pantainya yang cantik. Sama seperti Australia, mereka juga akan berpuasa selama 12 jam sahaja.

Sumber : Morocco World News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  5. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "