Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pernah Tak Menghadapi Masalah Masakan Bersantan Cepat Basi? Ini 4 Petua Mudah Supaya Santan Tahan Lebih Lama

Ditulis oleh farra vy, 5 Mei 2018

Perasan tak bila kita masak nasi lemak, kari atau hidangan bersantan yang lain, makanan itu akan cepat basi dan tak tahan lama? Masak waktu pagi tapi bila petang atau malam makanan dah berbuih.

Hari ini kami kongsikan beberapa petua elak santan cepat basi untuk korang cuba.  Takdela membazir lauk yang dimasak tu kan.

Pilih Kelapa Baru

Kelapa baru dikupas dari sabut, kelapa yang betul-betul tua dan isinya putih.  Pastikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk.  Jika anda membeli kelapa dikedai, minta pekedai belah kelapa baru supaya tidak terbeli kelapa yang kurang baik.



Guna Jenis Kelapa Yang sesuai

Jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan penting dalam mengelakkan masakan cepat basi.  Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaliknya pilihlah kelapa tua.  Ini kerana kelapa yang cukup tua mengeluarkan santan yang bagus untuk masakan serta mempunyai kandungan minyak yang banyak.  Jika ingin membuat inti, sebaiknya pilihlah kelapa yang lebih muda kerana rasanya lebih sedap serta lembut.

Teknik Perah Santan

Teknik memerah santan juga menbuatkan santan cepat basi.  Jika anda menggunakan cara tradisional, kelapa hendaklah diparut ikut arah melintang.  Namun jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut, pastikan ia diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama bila disimpan.



Cara Menyimpan Santan

Sebaiknya apabila anda membeli santan segar dari kedai, segera simpannya dalam peti sejuk sebelum digunakan.  Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa hari.   Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang tertutup rapat.  Cairkan pada suhu bilik sebelum menggunakannya.

Siakapkeli.my

Sumber: Portal Abang Terlajak Laris
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "