Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenali Secara Ringkas Lima Individu Berpengaruh Yang Dilantik Menjadi Anggota Majlis Penasihat Kerajaan

Ditulis oleh Eddy Hassan, 13 Mei 2018
2 ulasan

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengumumkan pelantikkan lima individu berpengaruh di Malaysia untuk menduduki kerusi Majlis Penasihat Kerajaan. Pelantikkan tokoh - tokoh ini atas pertimbangan kelima-lima mereka berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan ekonomi di kedua-dua sektor, swasta dan kerajaan.

Menurut laporan media, lantikan tersebut dibuat memandangkan kerajaan baru yang ditubuh tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran di peringkat pusat. Lima tokoh negara tersebut adalah, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan Dr Jomo Kwame Sundaram.

Kelima-lima mereka bertanggungjawab dalam menasihat kerajaan antara lain membantu Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji 100 hari yang terkandung dalam manifesto mereka.

Tun Daim Zainuddin


Tun Daim Zainuddin adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam pemerintahan negara sebelum ini. Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan sewaktu era pemerintahan Tun Dr. Mahathir sewaktu bergelar Perdana Menteri Ke-4. Beliau menjawat jawatan tersebut daripada tahun 1984 sehingga tahun 1991.

Pernah dilantik semula pada tahun 1999 namun meletak jawatan pada tahun 2001. Kini berusia 80 tahun, antara jasanya yang dikenang adalah membantu Malaysia keluar daripada kemelesatan ekonomi pada penghujung 80-an serta krisis ekonomi Asia 1997.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz


Beliau merupakan bekas Gabenor Bank Negara yang boleh dianggap paling berjaya yang Malaysia pernah ada. Bersara pada tahun 2016 ketika krisis 1MDB sedang memuncak ketika itu.

Beliau dilantik menjadi Gbenor Bank Negara pada tahun 2000 dan merupakan wanita pertama yang berjaya menduduki jawatan penting dalam institusi kewangan negara itu.

Bank Negara di bawah pentadbiran beliau menjadi satu-satunya agensi pusat yang pernah mendenda 1MDB dan bank-bank lain berhubung kesalahan berhubung pengurusan.

Beliau kini berusia 70 tahun.

Tan Sri Hassan Merican


Tan Sri Hassan Merican, 65, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Presiden dan Pegawai Eksekutif Petrolium Nasional Berhad (Petronas) pada tahun 1995. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat mahir dalam ekonomi negara memandangkan sudahpun berkhidmat di Petronas sejak tahun 1989 lagi.

Antara rekod peribadi terbaik beliau adalah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa bagi Afrika Selatan sebelum ini.

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien


Siapa tidak kenal dengan Raja Gula ini. Pada tahun 2017, majalah Forbes meletakkan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia manakala yang keenam terkaya di Asia Tenggara. Beliau kini berusia 95 tahun.

Pengiktirafan tersebut sudah cukup membuktikan kredibilitinya untuk dijemput menyertai Majlis Penasihat Kerajaan ini.

Selain terlibat dalam industri gula, beliau turut mempunyai kepentingan dalam syarikat hotel terkenal, Shang-ri La.

Pada tahun 1970, beliau bertindak memindahkan operasi perniagaannya daripada Malaysia ke Hong Kong sebagai langkah memperbesarkan syarikatnya.

Dr Jomo Kwame Sundaram


Beliau adalah antara ahli ekonomi yang pernah mengeluarkan kritikan terhadap polisi ekonomi kerajaan sebelum ini. Berusia 66 tahun, antara lain pernah memegang portfolio Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi.

Beliau memulakan perkhidmatan dengan badan dunia tersebut sejak tahun 2010.

Sumber : Asia Nikkei


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungan Anda disini updatebetting
    Kontak bbm 7ACD8560 :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "