Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kebanyakkan Orang Korea Amalkan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Kulit Wajah 'Glass Skin'

Ditulis oleh farra vy, 18 Mei 2018


Raya nanti mesti ramai yang nak tampil cantik bak 'noona' (kakak dalam bahasa Korea) dengan kulit mulus dan sihat.

Mesti anda tertanya-tanya, macam manalah kulit muka wanita-wanita korea ini kebanyakkannya nampak bersih, merah jambu dan sihat?

Kalau anda perasan di setiap 'movie' Korea, anda akan nampak yang kebanyakkan mereka mengambil makanan jenis rebusan dan mengamalkan memakan sayur-sayuran lebih daripada produk berdaging.

Nak tahu tak jenis makanan dan khasiat yang terkandung dalam rutin makanan ruji masyarakat Korea ni?  Jom baca.

#1 Ginseng

Kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan, ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel-sel kulit mati, yang membantu menjadikan kulit anda lebih kukuh dan meningkatkan keanjalannya. Ginseng juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun.


Apa yang anda boleh cuba ialah amalkan Teh Ginseng, yang membantu anda mencapai cahaya yang sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidrat kulit anda, seperti yang disyorkan oleh aktres Moon Chae Won.

#2 Teh Hijau



Umum mengetahui teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.

#3 Madu

Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), ia berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit anda – dua langkah penting untuk memastikan kulit lembut dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan.



Apa yang boleh anda cuba ialah gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.

#4 Ubi Keledek

Mungkin anda biasa makan ubi keledek, tetapi tahukah anda bahawa sayuran ini kaya dengan Vitamin A dan C -ramuan yang diperlukan untuk memberi nada kulit sekata dan cahaya dari dalam? Ubi keledek mengandungi biotin yang menambah kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut.



Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang, ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu dan ditabur bijan.

#5 Kimchi

Hidangan tradisional Korea yang diperbuat daripada sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk tubuh badan bahkan mempunyai manfaat pada kulit wajah juga.




Kimchi dari kubis napa dan lobak, kaya dengan Vitamin A, B1, B2 dan C, asid amino, kalsium dan serat. Ia membantu kulit membina kolagen serta melambatkan proses penuaan.

#6 Bibimbap Sayuran

Banyak aktres Korea seperti Song Hye Kyo dan Yoo In Na, telah menamakan sayur-sayuran sebagai rahsia kepada kulit mereka yang sempurna. Dan bibimbap, yang disajikan dengan pelbagai sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, besi, vitamin C dan E.


Untuk pengetahuan anda, kandungan nutrisi dalam bayam tidak hanya memberi manfaat positif untuk kesihatan tubuh sahaja tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wanita. Manakala cendawan mengandungi asid hyaluronik – ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan glowing.


Sumber: Wanista
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  2. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "