Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jammeh Larikan Diri, Gambia Kini Jual Harta Bekas Presiden Itu Bayar Hutang Kerajaan

Ditulis oleh farra vy, 11 Mei 2018

Gambia menjual beberapa buah pesawat dan kereta mewah yang pernah dibeli oleh bekas presiden,Yahya Jammeh kerana bertujuan untuk mengurangkan hutang kerajaan yang ditanggung selama tempoh pemerintahan Jammeh pada tahun 1994.

Jammeh dikatakan telah melarikan diri dari Gambia awal tahun lalu apabila negara jiran Afrika bersedia campur tangan secara ketenteraan untuk menjatuhkan beliau selepas enggan meletakkan jawatan susulan kekalahannya pada pilihan raya kepada Presiden Adama Barrow.

Ketika sebahagian besar rakyatnya bergelut dengan kemiskinan dibawah rejim paling kejam di Afrika Barat, Jammeh pula sedang mengumpul kekayaan besar untuk dibawa bersamanya melalui beberapa pesawat ke Equatorial Guinea.

Walau bagaimanapun, sejumlah kenderaan mewah seperti Rolls-Royce yang berplatkan nama Jammeh ditinggalkan di landasan kapal terbang.

"Kenderaan mewah dan tiga pesawat yang dibeli oleh bekas presiden, Yahya Jammeh telah dijual," kata Menteri Kewangan, Amadou Sanneh.

Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran terhadap Gambia supaya tidak melakukan pinjaman baharu selepas hutang negara itu mencecah 130 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir tahun lalu.


Sumber: Reuters
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "