Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini 7 Makanan Yang Enak Untuk Dimakan, Namun Hati-Hati, Jangan Sesekali Dijamah Secara Mentah

Ditulis oleh Eddy Hassan, 2 Mei 2018
2 ulasan

Bagi sesetengah orang, jika ingin nikmati makanan pada kualiti terbaik, makanlah ia secara mentah. Ada yang berpendapat, makanan yang mentah khasiatnya lebih tinggi dan rasanya lebih semula jadi. Malah, ada kedai makan yang turut menawarkan juadah mentah untuk dinikmati pelanggannya.

Tapi sebenarnya, tanpa anda sedar, anda seringkali menjamah makanan secara mentah tanpa mengetahui sebenarnya ia amat ditegah oleh ahli perubatan. Tegahan ini dibuat berdasarkan beberapa bukti kajian yang menunjukkan makanan mentah mengandungi banyak bakteria berbahaya kepada kesihatan diri.

Inilah senarai makanan yang anda tidak digalakkan makan secara mentah, walau apa pun alasannya.

1. Ubi Kentang


Ubi kentang antara sayuran yang seringkali kita temui dalam juadah makanan harian, dan ia sesekali tidak boleh dimakan mentah. Menurut Dr Lisa Davis, Ketua Penasihat Nutrisi Terra Kitchen, ubi kentang mentah boleh menyebabkan perut kembung dan pelbagai lagi masalah kesihatan melibatkan sistem pencernaan. Ia disebabkan ubi kentang mengandungi kanji yang tidak boleh dihadam perut, bagaimanapun ia boleh terlarut apabila dimasak.

Satu lagi, jika ubi kentang dibiarkan terlalu lama terdedah pada suhu hangat, ia boleh berubah menjadi ubi beracun. Ubi kentang yang terbiar lama akan bertukar menjadi hijau pada bahagian-bahagian tertentu. Warna hijau ini yang dikenali sebagai solanin boleh menyebakan keracunan makanan jika di makan.

2. Ubi Kayu


Ubi kayu lebih mudah ditemui di kampung-kampung dan ditanam mungkin oleh ibu atau nenek kita. Jadi pesanlah pada mereka jangan sesekali makan ubi kayu secara mentah. Di bahagian hujung ubi kayi mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai cyanogenic glycosides, dan ia membebaskan cyanide apabila di makan. Satu bahan kimia yang sangat bahaya.

Bagaimanapun ubi kayu masih boleh dimakan namun perlu dibasuh dengan teliti, dikupas kulitnya dan wajib dimasak terlebih dahulu.

3. Kacang Buah Pinggang


Kekacang seperti kacang buah pinggang adalah makanan berkhasiat kerana mengandungi serat, protein dan antioksidan, namun boleh menyebabkan 'kacau-bilau' dalam perut jika dimakan mentah.

Kacang buah pinggang mentah mengandungi bahan toksik yang dikenali sebagai phytohemagglutinin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut, dengan tanda-tanda seperti mengalami keracunan makanan. Jika anda penggemar kacang buah pinggang, anda dinasihatkan untuk mendidihkan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum dijamah.

4. Sosej


Sosej pada asalnya bukanlah makanan yang berkhasiat, namun jika dimakan mentah, ia menjadi lebih tidak berkhasiat dan berbahaya. Orang ramai sering kali salah anggap dan berpendapat bahawa sosej adalah makanan pre-coocked, maka ia boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak semula. Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, sosej mentah mengandungi bakteria Listeria, yang hanya boleh dimusnah dengan cara dipanaskan semula.

5. Susu Mentah


Kita disarankan untuk meminum susu segar kerana ia mempunyai khasiat yang baik, dan susu tidak mungkin dimasaka. Namun jika anda meminum susu sebaik sahaja ia diperah di ladang, anda mungkin dalam bahaya kerana susu yang belum dipasturkan mengandungi bakteria seperti e.coli dan salmonela.

Menurut FDA, orang yang menikmati susu mentah 150 kali lebih berisiko untuk mendapat penyakit bawaan makanan berbanding mereka yang mengambil produk tenusu lain.

6. Taugeh


Taugeh seringkali ditemui dalam hidangan orang Malaysia. Selain berkhasiat, harganya yang murah antara faktor menjadi pilihan pengguna. Bagaimanapun, kita perlu mengelak daripada memakan taugeh mentah.

Taugeh mentah berbahaya disebabkan cara penanamannya di tempat lembap dan gelap, di mana bakteria seperti e.coli, salmonela dan listeria membiak dengan subur.

Jadi anda disarankan untuk membasuh dan memasak terlebih dahulu taugeh sebelum dimakan.

7. Terung


Terung memang sedap dibuat ulam atau digoreng bersama sayuran yang lain, namun jangan sesekali menjadikan terung sebagai juadah mentah. Terung mentah, terutamanya terung muda mengandungi solanin, satu bahan bertoksin yang turut ditemui pada ubi kentang.

Sumber : Reader Digest
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "