Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bulan Puasa Je Duit Banyak Habis, Bila Masa Nak Berjimat? Baca Tips Lelaki Ini Untuk Baiki Kewangan Anda Sebelum Parah

Ditulis oleh Sha Rossa, 17 Mei 2018


Ramadan yang dinantikan sudah tiba. Seluruh umat Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia menyambut kehadiran Ramadhan dengan rasa teruja. Ketika berpuasa, kita dilatih untuk mengawal diri pada nafsu. Namun, perbelanjaan pada bRamadan yang kebiasaannya lebih tinggi daripada bulan-bulan lain. Paling ketara, apabila di bazar penuh tangan dengan beg plastik.

Sepatutnya, pada bulan yang mulia ini, banyak perkara baik yang kita boleh buat untuk mengubah diri termasuklah bab menguruskan kewangan. Kalau rasa duit yang dibelanjakan keluar macam air, apa kata anda ikut tips daripada Pakar Kewangan Amir Syahir untuk baiki kewangan anda.

Jom kita ubah tabiat buruk berbelanja dengan boros. Rancang kewangan anda untuk kehidupan yang lebih baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Tips Membaiki Kewangan Sendiri Dalam Bulan Ramadhan

Ruang yang terbesar ialah ruang untuk membaiki diri sendiri. Nak membaiki diri sendiri sangat susah jika tabiat buruk sudah sebati dalam diri. Misalnya tabiat berbelanja dengan boros.

Bulan Ramadhan ni elok untuk kita berubah. Perubahan tak semestinya perlu berlaku secara drastik kan. Mulakan secara perlahan-lahan. Tapi perlu istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Setiap minggu tanamkan azam untuk berubah.


Dalam masa sebulan ni, cuba kau praktikkan benda di bawah ni. Antaranya :

Minggu Pertama :

Minggu pertama kau boleh mula membuat bajet untuk perbelanjaan diri sendiri. Sekurang-kurangnya kau orang tahu aliran duit keluar masuk. Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada perbelanjaan berikutnya.

Minggu Kedua :

Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga. Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je. Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada kita. Jadilah pengguna yang bijak.


Minggu Ketiga :

Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je. Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam bakul. Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya tiada penyesalan di masa depan.


Minggu Keempat :

Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan. 10 sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1. Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi yang kau mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang kau.


Ikut segala peruntukan bajet belanja kau, Tak guna ada telefon pintar kalau kau malas nak buat bajet. Paling simple kau buat group dekat WhatsApp dan tulis (-RM30) untuk duit keluar.

Tips bonus urus kewangan :

1. Kalau nak makan fast food ataupun tempat hipster cukup sebulan sekali sahaja. Lagipun tak bagus untuk kesihatan kalau selalu makan fast food ni.

2. Buat tabung RM20 (Si Oren) dan RM5 (Si Hijau). Seronok menyimpan dengan cara ni. Rasa excited bila tengok tabung dah mula penuh dengan duit berwarna. Tak percaya, kau cubalah.

3. Kurangkan kehendak. Tangguhkan kehendak dan jangan berhutang demi kehendak. Mungkin sebelum-sebelum ni, kau tak dapat kawal diri kan nak beli itu ini. Kalau rasa kasut masih elok, tak payah beli yang baru. Prinsip gua, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Jangan tiap-tiap buka dompet serupa tumbuk bawang je.

4. Semak semula perbelanjaan kau. Baiki mana yang kurang. Kiraan kos diluar jangka. Muhasabahlah diri sendiri. Lihat kewangan kita. Janganlah bersedih orang lain dah kaya, hidup senang. Yakinlah kita berusaha mesti akan dapat capai kesenangan juga satu hari nanti. Yang penting perubahan.

5. Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Jika makan diluar, pilih restoran biasa.

6. Belajar tutup lampu / air jika tidak digunakan. Baiki setiap paip yang bocor. Kau akan jimat nanti. Kalau kau sekeluarga duk lepak ruang tamu, tutuplah air cond dalam bilik tu.

7. Berhenti beli majalah pasal artis. Kau je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan kau tak kisah dan tapeduli ke kau pun.

Jadilah orang yang bijak merancang kehidupan. Jika kau orang gagal untuk merancang, kau orang merancang untuk gagal sebenarnya. Ayuh, sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Kah!

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 7 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  5. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  6. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  7. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "