Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bila Dapat Tahu Suami Kahwin Lain, Aku Langsung Tak Menangis'', Luahan Hati Seorang Isteri Ini Menyentuh Hati Netizen

Ditulis oleh Sha Rossa, 7 Mei 2018
2 ulasan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pergaduhan dan perselisihan faham dalam rumah tangga perkara biasa yang dilalui oleh setiap pasangan. Namun, apa yang lebih sakit apabila kepercayaan yang diberi kepada pasangan dikhianati. 

Seperti kisah ini, rumah tangga yang dibina sekian lama goyah angkara orang ketiga. Biarpun beberapa kali perbuatan suaminya terbongkar, si isteri masih tetap bertahan walaupun terluka. Masih memaafkan mungkin kerana jauh di sudut hati masih sayang.

Tetapi tidak untuk kali ini apabila si suami mengaku yang dia sudah berkahwin dengan wanita lain yang kononnya menepati ciri isteri idamannya selama ini. Meskipun si isteri tersenyum dan tiada setitis pun air mata, namun jauh di sudut hatinya pasti terguris.

Mari kita ikuti coretan wanita ini seperti di bawah. Penulisannya jelas sekali menunjukkan hatinya sudah tawar dan kecewa dengan perbuatan suami. Semoga dapat memberi pengajaran dan peringatan buat semua agar menghargai pasangan anda sebelum kehilangan.

Baru dapat tahu suami aku dah kawen lain. Sebelum dia kawen lain pun, dia jenis melayan gak dan pernah la bercinta dengan perempuan lain. Kali ni, aku tak menangis. Aku relax je.


Takde gunung berapi pun yang meletus. Aku tak tanya pun apa kelebihan perempuan tu dan apa kekurangan aku. Aku diam je. Mungkin dia yang serba salah.

Dia pun cakap kenapa dia kawen lain. Katanya, wife baru dia ni sangat lemah lembut. Tak pernah tinggikan suara. Tak pernah melawan. Jenis dengar cakap. Manja. Dia kata itulah ciri ciri gadis idaman dia selama ni.

Aku pulak hanya senyum sinis je lepas dengar semua tu. Untuk suamiku, aku dah takde air mata. Selama ni aku yg menanggung keluarga kita. Aku tak dapat bagi kebahagiaan and tak dapat kurangkan beban mak ayah aku pun sebab setiap bulan gaji aku abis untuk family kita.


Parents aku tanggung aku smpai dapat degree and dapat kerjaya yang bagus. Tapi sekupang gaji aku pun tak mampu beri pada parents aku. Selama ini aku yang bersengkang mata jaga anak anak, anak sakit, aku yg tggu di wad.

Kau memancing, kau hepi hepi dengan kawan kawan. Selama ni aku mengadu kat kau tentang mak kau, dan kakak serta adik beradik kau yang suka kutuk aku, fitnah aku, sindir aku sehingga aku hampir sakit mental tapi kau tak penah defend aku.

Selama ni, bila aku bercerita, aku bergurau senda, kau hanya membisu, angguk tidak, geleng pun tidak. Banyak lagi sikap kau yg buat aku jadi keras, aku memberontak, aku tengking, aku marah, aku biadap.

Hari ini kau menceritakan 1001 kebaikan perempuan lain pada aku. Hahahha. Abang, untuk awak... saya dah tak ada air mata. Alhamdulillah abang dapat jodoh yang terbaik. Abang bahagia, saya pun bahagia. 

Sekarang aku dalam perjuangan menuntut untuk dilepaskan. Bukan mudah. Hehe. Masa ini kaki aku yang baru keluar dari jamban pun kau cium. Melutut mintak ampun maaf. Kan dah ada wife baru. Kaki hapak aku pun sayang nak tinggal ke.


KRT, dulu kan, aku pun lemah lembut juga. Aku sangat lembut. Cara pertuturan aku, suara aku, kawan kawan zaman sekolah panggil aku baby tau. Tapi sejak kawen, aku jadi babi. Apa nak buat. Nasib. Hahahhaha...abang, wife baru awak lembut ye...aok, makan la dia punya lembut tu.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "