Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Ekor Burung Merak Hilang Ekor Dan Cedera Teruk Gara-Gara Pengunjung Zoo Tak Bertanggungjawab Cabut Bulu Ekornya

Ditulis oleh Eddy Hassan, 8 Mei 2018

4 ekor burung merak di sebuah zoo di China menderita apabila tindakan segelintir pengunjung tidak bertamadun zoo tersebut mencabut ekor haiwan itu dalam satu kejadian menjadi tular baru-baru ini.

Satu rakaman video yang memaparkan keadaan burung-burung tersebut tanpa ekor yang diterbitkan oleh Beijing Youth Daily mencetuskan kemarahan sebilangan netizen di sana.


Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat beberapa ekor burung tersebut kehilangan hampir ke semua bulu di bahagian ekor dan kelihatan mundar-mandir di dalam sangkar tanpa arah.

Burung-burung tersebut yang cedera dilaporkan telah diberi rawatan dan kini dalam proses pemulihan semula.

''Burung-burung yang dicabut bulu ekor itu mengalami pendarahan yang serius. Sebagai penjaganya, saya merasa amat sedih sekali.


''Tindakan keterlaluan pengunjung-pengunjung ini memberi kesan kepada fizikal dan metal haiwan ini,'' kata Mi Shencun, penyelia spesis terancam di zoo tersebut.

Ia merupakan kes kedua yang dilaporkan berlaku di zoo tersebut.

''Kami menggesa pengunjung menghormati dan menyayangi haiwan-haiwan yang ada di zoo ini, hentikan gangguan anda,'' tambah Mi Shencun lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusan zoo tersebut bercadang untuk menghalang pelancong-pelancong yang terlibat daripada melawati zoo tersebut semula di masa depan. Malah mereka juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya kes tersebut berulang.

Zoo tersebut menempatkan kira-kira 41 burung merak dalam sebuah sangkar bersaiz 2000 meter persegi, dengan hanya 3 orang sahaja ditugaskan untuk menyelia sangkar tersebut.


Musim luruh adalah musim di mana burung merak akan mencari pasangan untuk mengawan dengan mempamerkan ekor mereka yang cantik untuk menarik perhatian burung merak betina.

Dua tahun lepas, sebuah zoo di Kunming melaporkan tindakan tidak bertanggungjawab pengunjung yang bergambar dan mencabut bulu ekor dua burung merak hingga menyebabkan haiwan tersebut maut.

Dan baru-baru ini kami turut berkongsi sebuah artikel mengenai nasib malang yang menimpa seekor kangaroo apabila dilontar batu oleh pengunjung yang mahu melihatnya melompat.



BACA : Pengunjung 'Gila', Lontar Batu Pada Kangaroo Di Zoo Hingga Mati Hanya Kerana Mahu Lihat Haiwan Itu Melompat

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. "Masih Bingung Mencari Situs Poker / Domino / BandarQ / AduQ Yang isa di percaya ?

    Yang Mempunyai % Kemenangan Lebih Besar . ?

    Kartu"" Yang Berkualitaas . ?

    Pelayanan CS Yang Ramah / Tips"" Dan Trick Cara Bermain . ?

    Poker Online - HTTP://ARENADOMINO.COM

    Minimal Deposit : Rp.20.000,

    Bonus Refferal Seumur Hidup

    Bonus Turn Over Tanpa Batas

    Player VS Player ( 100% Tanpa Bot )

    8 Games Dalam 1 User ID .
    POKER - DOMINO - ADUQ -
    BANDARQ - CAPSA - BANDAR POKER - BANDAR SAKONG

    Rasakan Sensasi nya Menjadi Bandar
    hanya di BANDARQ dan BANDAR SAKONG

    Dengan Pelayanan Terbaik ( Customer Service )

    Customer Service Online 24 Jam
    Daftar Langsung isi data2 : http://arenadomino.org/app/Default0.aspx?ref=dominobandar&lang=id "

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "