Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video)''Besarnya Pengorbanan Tentera'', Peminat Kongsi Pengalaman Selepas Hairul Azreen Dedah Sebulan Tak Jumpa Keluarga Demi Filem Paskal

Ditulis oleh Eddy Hassan, 11 Apr 2018

Siapa yang tak kenal dengan seorang pelakon ini, Hairul Azreen iaitu antara pelakon sado dan kacak yang memeriahkan industri hiburan tanah air ini.

Ketika ini, suami kepada Hanis Zalikha dan juga ayah kepada Yusuf Iskandar kini sedang terlibat dalam sebuah filem aksi ketenteraan, Paskal yang mengangkat kisah keperwiraan Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (Paskal TLDM) itu.

Melalui satu perkongsian baru pelakon tersebut di Instagram, beliau berkongsi bersama-sama peminat mengenai kisahnya yang terpaksa berjauhan daripada isteri dan anaknya selama sebulan demi memastikan penggambaran filem tersebut berjalan lancar.

 Malah beliau sempat meluahkan rasa kagumnya dengan pengorbanan yang dibuat oleh anggota tentera sebenar yang kita tahu ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga berbulan-bulan lamanya kerana amanah dan tanggungjawab demi negara yang perlu dilaksanakan oleh mereka.

''I miss you Hanis Zalika Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar dan Bujibuchempel (kucing peliharaan),

''Besarnya pengorbanan tentera kita. Saya baru sebulan tak jumpa dah ermmm,'' kata Hairul Azreen.



Perkongsian tersebut nyata berjaya menarik perhatian beberapa orang pengikutnya yang juga mempunyai suami yang bertugas sebagai anggota tentera.

''Sebelum nikah degan seorang tentera, saya dah tau apa yang akan saya hadapi. Jangan cakap 1 bulan, lebih dari 3 bulan pun ada. Puasa dan raya jangan cakap la. Dah pernah suami tiada di sisi. Kami lah mak, kami lah ayah. 

''Tak ada ape yang kami harapkan, just pengorbanan suami dan kawan-kawan lain di hargai oleh orang awam. Itu sudah cukup untuk kami berasa bangga'', kongsi seorang wanita dengan nama mama_ekinsempoi.

''Saya dah melalui. Dulu husband kena hantar ke Lubnan setahun, sedangkan saya baru di sahkan mengandung anak pertama dan bila bersalin suami tak balik langsung. 

''Sedih rasanya masa tu. Kali ke 2 bersalin pun suami tak ada kat sisi sebab kena hantar operasi lagi. Dan ni baru habis operasi kat Sabah selama 3 bulan dan tak dapat balik cuti. Sebab nak PRU. Kena tunggu lagi'', kongsi seorang lagi dengan nama akaun hauraa_closet

Seorang lagi pengikutnya, yusreidahusnaqayyim juga turut meninggalkan komen,

''Berkongsi kasih dengan negara. Sedia Berkorban''

Sumber : Instagram Hairul Azreen
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli