Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Warga Emas Didakwa Rampas Lesen Memandu Seorang Wanita Selepas Konon Kakinya Telah Digilis

Ditulis oleh Eddy Hassan, 4 Apr 2018

Tular satu kejadian di Kota Bharu, Kelantan yang berlaku pada 3 April lalu apabila seorang warga emas yang menunggang basikal didakwa mengugut seorang wanita.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, warga emas itu bertindak demikian kerana mendakwa kereta yang dipandu oleh wanita tersebut telah menggilis kakinya.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi di Jalan Kelochor itu, wanita itu dilihat cuba untuk mengundurkan keretanya keluar daripada petak tempat letak kereta sebelum warga emas tersebut datang dan berhenti di belakang keretanya.


Malah, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dikongsi, jelas kelihatan tindak tanduk warga emas tersebut yang tidak mahu beredar sebaliknya mengekori rapat kenderaan tersebut ketika wanita itu berusaha untuk mengeluarkan kenderaannya.

Bukan itu sahaja, warga emas itu turut didakwa mengetuk bonet kereta jenis Suzuki Swift tersebut sebelum bertindak menghalang kenderaan tersebut daripada beredar. Dia kemudiannya didakwa telah meminta untuk melihat lesen memandu wanita tersebut sebelum bertindak merampasnya.


Warga emas terbabit turut didakwa mengugut wanita tersebut dengan memberitahu bahawa lesen memandu tersebut akan dipulangkan hanya sekiranya wanita itu datang ke rumahnya untuk menjelaskan wang pampasan.

Wanita yang menjadi mangsa ugutan itu kemudian terpaksa membuat laporan polis bagi menyelesaikan masalah tesebut. Pihak polis turut bertindak menemani wanita itu ke rumah warga emas bagi urusan untuk memintanya mengembalikan kembali lesen tersebut.

Pihak polis juga turut meminta warga emas itu agar hadir ke ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan dakwaan bahawa kakinya digilis tayar kereta dipandu wanita itu. Bagaimana pun pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang kesan luka pada kakinya.

Warga emas tersebut kemudian terpaksa mengalah dan menyerahkan kembali lesen memandu wanita itu setelah diarahkan berbuat demikian oleh anggota polis yang berada di kediamannya.


Sumber : Yu KH
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Hongkong.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh...

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli