Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pengulas Sukan Kesal Laungan Azan Digunakan Sebagai Muzik 'Intro' Gimik Persembahan Tarian 5 Lelaki Separuh Bogel

Ditulis oleh farra vy, 18 Apr 2018


Tular baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh Akbar Saharie, seorang pengulas sukan disalah sebuah rangkaian televisyen tempatan melalui akaun Instagram miliknya kesal apabila seruan azan diperdengarkan sebagai intro persembahan separuh bogel di Australia.

Tidak pasti motif sebenar gimik azan tersebut digunakan, Akbar berasa terkilan dengan pihak pengurusan majlis berkenaan kerana mengambil kesempatan dengan menggunakan laungan azan yang didengarkan separuh itu untuk kepentingan mereka sendiri.


Sebagai seorang muslim, Akbar meluahkan rasa terkilan walaupun diawalnya beliau kagum kerana azan dilaungkan di tengah-tengah pekan kecil di Broadbeach, Australia.  Perasaan itu bertukar sebaik sahaja menyedari bahawa ia dijadikan sebagai intro pembuka persembahan tarian 5 lelaki separuh bogel di atas pentas tersebut.   Kesal dengan apa yang berlaku, Akbar berharap kerajaan tempatan mengambil hal ini secara serius kerana Azan bukanlah sebahagian daripada bahan hiburan, ia adalah seruan bagi umat Islam untuk beribadah.

Rata-rata rakyat Malaysia juga bersependapat dengan apa yang Akbar sampaikan.  Video klip dibawah menyaksikan kejadian tersebut.

BIADAP! Sungguh biadap!! . Azan digunakan sbg muzik intro persembahan separuh bogel!! . Pada awalnya saya kagum apabila pertama kali dgr laungan azan di speaker di tgh pentas di tengah2 pekan kecil di Broadbeach. Tapi pelik kerana waktu masih awal dan belum masuk waktu Zohor. Rupanya ia jadi muzik/intro pembuka persembahan tarian 5 lelaki separuh bogel di atas pentas. Saya sangat marah dan kesal dgn rasa tidak hormat kerajaan tempatan membiarkan artis mereka ini menghina agama Islam.. Laknatlah engkau wahai kaum kafir!!! ------------- I was on my way to work to the IBC when I heard the Muslim call to prayers a.k.a. azan.. I thought it was a genuine call but was shocked and disgusted to find that it was used as intro 'music' to a bunch of half naked amateur performers. Confused on how this was approved or overlooked, especially when it was on one of the Festival 2018 stage in conjuction with the on going Commonwealth Games. The games as Propogated have always been about unity and this was definitely insulting. The Azan is not a prop song for your own self-obsessed entertainment. It plays a significant part in more than 1.5 billion people's lives around the world. @queensland @gc2018 #antitoantiIslam #janganpersendaagamaku #dakwah #pleaserespectIslam
A post shared by Akbar (@akbarsaharie) on


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "