Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Man On Curtain, 'Teman Lelaki Palsu' Ciptaan Firma Jepun Khas Buat Wanita Keseorangan Rasa Lebih Selamat Di Rumah

Ditulis oleh Eddy Hassan, 5 Apr 2018

Hidup sendirian dirumah terutamanya buat wanita memang sesuatu yang menakutkan, tambah-tambah pada waktu malam bila kita tahu tempat kawasan tempat tinggal kita kerap berlaku jenayah.

Namun kini, masalah tersebut mungkin boleh diatasi apabila sebuah firma di Jepun bersedia untuk membantu para wanita yang keseorangan untuk merasa lebih selamat dengan menawarkan solusi yang sangat unik.

Leo Palace 21, sebuah syarikat pengurusan apartment kini sedang membangunkan satu teknologi yang mampu menghasilkan bayang-bayang lelaki pada langsir untuk mengelirukan mana-mana pencuri yang mungkin berfikir bahawa wanita tersebut tidak keseorangan.

Teknologi berbentuk projektor kompak tersebut kelak boleh dikawal dengan menggunakan telefon pintar dan mampu memancarkan bayang-bayang lelaki bergerak dengan 12 aktiviti yang berbeza.


Pengguna teknologi tersebut boleh memilih untuk memancarkan aktiviti yang berbeza pada langsir antaranya termasuklah senaman, mengemas rumah serta bertinju.

Malah, 'teman lelaki' atau 'suami palsu' turut mempunyai tetapan aktiviti berlatih gitar, serta yang lebih menyakinkan adalah aktiviti berlatih seni mempertahankan diri.

Menurut Leo Palace 21, mereka merancang untuk melancarkan inovasi tersebut di Tokyo memandangkan kini ramai golongan muda berpindah ke bandar mega tersebut sama ada untuk bekerja atau belajar dan tinggal berseorangan.


Walaupun Jepun mencatatkan kadar jenayah yang rendah, namaun golongan wanita di negara itu masih menjadi sasaran mudah buat penjenayah.

Produk yang diberi nama Man On The Curtain itu telah dihasilkan oleh seorang artis dengan setiap video yang dipancarkan berdurasi selama 30 minit dan diputarkan dalam tempoh 6 jam, membolehkan para wanita berehat dengan tenang.


Namun setakat ini, produk tersebut masih di peringkat prototaip dan menurut Leo Palace 21 mereka akan mengedarkan sebanyak 5 unit produk tersebut untuk tujuan ujian lapangan.


Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli