Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Boleh Tarik Keju Sepuas Hati, Ini Resipi 'Cheesy Chicken Sandwich' Yang Viral Di Facebook

Ditulis oleh seventeen century, 5 Apr 2018

5 April - Kombinasi keju dan juga ayam sudah sebati dan menjadi trend untuk rakyat Malaysia. Bahkan, pelbagai jenis makanan pada masa kini sudah pun 'dikejukan' untuk menambah rasa menarik dalam sesuatu makanan.

Sebuah laman masakan luar negara, Cookat telah berkongsi satu resipi viral iaitu 'Cheesy Chicken Sandwich' yang telah pun tular di lama sosial dan menerima lebih 100 ribu perkongsian dalam masa 4 hari.

Bahan-bahannya mudah sahaja, hanya perlukan ayam bahagian dada tanpa tulang, garam, lada, keju mozarella 70 gram, tepung, telur dan 1 paket Nachos.

Kuantiti setiap bahan bergantung kepada berapa ketul dada ayam yang anda mahu gunakan.

Cara-cara untuk memasak:

1. Potong dada ayam tersebut menjadi separuh dan lapikkan dengan plastik untuk diketuk sehingga menjadi nipis. Kemudian, perisakannya dengan garam dan serbuk lada. Letakkan satu ketul keju mozarella dalam dada ayam itu dan balut.

2. Salut dada ayam tadi dengan tepung yang telah disediakan, kemudian salut pula dengan 2 biji telur dan akhiri salutan dengan 1 paket nachos yang telah dihancurkan sedikit.

3. Goreng dada ayam tersebut sehingga menjadi warna keemasan.




Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli