Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ucapan Selamat Pagi Hanya Tinggal 'Grey Tick', Luahan Sayu Teman Wanita Arwah Emy AF Yang Berjanji Untuk Berjumpa Di Hari Pertunangan

Ditulis oleh Eddy Hassan, 4 Apr 2018

Semalam dunia hiburan tanah air amnya dan di Sabah khususnya menerima khabar duka apabila peserta Akademi Fantasia 2016 yang dikenali sebagai Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau lebih dikenali sebagai Emy, 25, yang berasal daripada Tuaran, Sabah terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

Menurut laporan media, arwah Emy maut akibat hilang kawalan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ketika melalui satu selekoh. Motosikal yang ditunggangnya kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.

Arwah Emy merupakan salah seorang anggota kumpulan muzik yang dikenali sebagai Buska Busker dan bergiat aktif dalam industri muzik di Sabah. Pemergian arwah Emy ternyata memberi kesan kepada keluarga terdekatnya terutama kepada teman wanitanya sendiri yang dikenali sebagai Cathy Alkantara. Malah, Cathy turut meluahkan rasa pilunya melalui beberapa kemas kini di akaun Facebooknya.

Antara perkongsiannya yang amat menyentuh hati adalah satu gambar screenshot perbualan Whatsapp antara dirinya dengan arwah Emy dan tidak mungkin akan dibalas.

''I love you!Emy Papriqa untuk mengubat hati sendiri,'' katanya.


Dalam satu lagi kemas kininya yang lebih awal. Cathy turut berkongsi perasaanya apabila kehilangan orang tercinta.

''Separuh jiwaku pergi selamanya,'' kata Cathy lagi.



Beberapa rakan Facebooknya turut dilihat mennggalkan komen positif yang meminta dirinya agar tabah dan bersabar dengan ujian.

''Sabar Cath,'' pesan pemilik akaun bernama Dianna Danielle.

''Istigfar banyak-banyak yeng dugaan dari Allah S.W.T,perbanyakkan berdoa untuk dia,be strong ya,'' kata pemilik akaun Shelluq Kroes pula.

Cathy juga ada berkongsi beberapa keping gambar lain bersama arwah Emy dengan satu luahan mengenai perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga.



''Senanglah saya mahu akad nikah nanti, just sebut 'Cathy' dan sehari sebelum kau pergi, kita berjanji akan bertemu untuk urus pertunangan kita namun bertemu cara begini.

''Ya Allah aku mohon Kau permudahkanlah segalanya disana untuk dia,'' luah Cathy lagi dalam satu lagi kemas kini lebih awal.

Cathy juga turut berkongsi mengenai peribadi arwah Emy yang disifatkan seorang lelaki yang amat baik selain begitu mengambil berat mengenai keperluan dirinya.

Di hujung perkongsiannya, ada satu ayat yang bagi kami ia amat menusuk jiwa. Kata Cathy,

''Tiada yang lebih sakit dari kehilangan yang kekal''

Kami di Siakap Keli ingin mengucap takziah kepada keluarga arwah Emy dan juga kepada Cathy. Semoga arwah Emy ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

Sumber : Arena Star, Cathy Alkantra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli