Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tips Jadi Ayah Hebat'', Lelaki Wajib Buat, Barulah Anda Layak Digelar 'Super Daddy' Anak Dan Isteri

Ditulis oleh Sha Rossa, 13 Apr 2018

Sebaik sahaja seorang lelaki itu berumahtangga maka terpikullah di bahu mereka tanggungjawab terhadap isteri.  Apabila mempunyai anak, tanggungjawab mengetuai keluarga bertambah besar, menjadi suami dan juga ayah. Namun menjadi ayah yang baik itu tidak mudah. 

Tugas menjadi ayah tidak pernah selesai, walau berapa pun usia anak atau jumlah anak yang anda miliki. Seorang ayah yang baik itu, umpama 'role model' yang akan dicontohi oleh anak-anak. Keluarga tanpa didikan seorang ayah, akan tempang sebelah. Tidak lengkap dan kurang sempurna.

Perkongsian tips di Page Info Ibu Hamil boleh dijadikan panduan untuk ayah-ayah di luar sana bagaimana untuk menjadi seorang ayah yang hebat. Adakah anda 'super daddy' anak-anak? Semoga bermanfaat.

Tips menjadi ayah yang hebat :

1: Cintailah isterimu

Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yg melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir... Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu..


2: Luang masa bersama

Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar2. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.. 'Bonding time'.. Sesi bersantai dan bermersa bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri..

Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.


3 : Jadilah teladan

Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda.. Tunjukkn perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti.

4 :Fahamilah karakter setiap anak anda

Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.

5 : Tunjuk kasih sayang


Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi.


6 : Disiplinkan anak anda dengan kelembutan


Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak. Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah.

7 : Tabungan masa hadapan

Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.

8 : Makan bersama keluarga


Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi.


9 : Berdoa dan beribadah bersama

Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan takut kepada Allah.

10: Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya

Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli