Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'The Loaf' Kedai Roti Milik Tun Mahathir Ditutup Secara Rasmi

Ditulis oleh Sha Rossa, 14 Apr 2018
2 ulasan

Setelah beroperasi selama 12 tahun, kedai roti 'The Loaf', yang dimiliki bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya ditutup secara rasmi.

Menurut sumber, rakan kongsi penyedia perkhidmatan pemulihan korporat dan pembinaan semula, Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd, Andrew Heng berkata, pemilik kedai roti itu memilih untuk menamatkan perniagaan tersebut.


"Mereka menutup semua 12 cawangan di negara ini," katanya kepada sumber pada semalam.

The Loaf dikendalikan M&M Consolidated Sdn Bhd, usaha sama antara Dr Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd. Dr Mahathir memegang 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

"Pada asasnya, tidak mungkin (untuk teruskan). Terdapat begitu banyak perniagaan dan pesaing yang sama. Mereka tidak mendapat keuntungan yang cukup baik," katanya.

Sementara itu, laporan dalam akhbar Cina memetik pengarah The Loaf sebagai berkata, Dr Mahathir bukan pemegang saham utama kedai roti tersebut tetapi hanya pengasas perniagaan berkenaan.

Menurut pengarah itu, satu sidang media akan diadakan untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Mengimbas kembali, penglibatan Dr Mahathir dalam perniagaan bakeri bermula apabila beliau membeli roti dari sebuah kedai roti di Tokyo yang dikenali sebagai Johan. Cawangan pertama The Loaf dibuka di Telaga Harbour, Langkawi pada 2006.

Dalam tempoh 12 tahun, ia melebarkan sayapnya kepada 12 cawangan termasuk di KLCC, pusat membeli-belah Pavilion dan Sogo di Kuala Lumpur dan Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.


Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen tersebut?
    Coba main disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli