Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tak Perlu Kecam Suami Isteri Bercuti Tanpa Anak'',Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Anak Eratkan Kembali Hubungan Perkahwinan

Ditulis oleh Eddy Hassan, 7 Apr 2018
3 ulasan

Kehidupan selepas perkahwinan sememangnya satu kehidupan yang sangat mencabar, terutama buat mereka pasangan yang baru berkahwin. Kalau dulunya semua keperluan diri hanya disediakan untuk diri sendiri, tapi kini untuk hidup berdua. Bila menyambut kehadiran anak-anak, ia mula berubah sekali lagi. Perhatian isteri atau suami mula berubah kepada anak-anak hingga satu saat, terlupa mengenai keperluan pasangan masing-masing kan.

Macam kisah yang dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Siti Aishah ini. Katanya, dia merasa sukar untuk berpisah dengan anak-anak dan meluangkan lebih banyak masa untuk mereka berbanding suami.

Hinggalah satu saat, kongsinya lagi, hubungan mereka semakin dingin. Namun semuanya berubah apabili mereka suami isteri berpakat untuk pergi bercuti tanpa anak-anak, hanya meluangkan masa untuk mereka berdua.

Pesannya, orang ramai tidak perlu mengencam apabila pasangan suami isteri mengambil kesempatan untuk bercuti tanpa anak-anak kerana ia mempunyai kebaikkan.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah untuk kita fahami keperluan suami isteri bercuti berdua tanpa ditemani anak-anak.

Tak perlu kecam sangat suami isteri pergi bercuti tinggalkan anak.

Dulu saya jenis sukar tinggalkan anak-anak. Kalau boleh nak usung ke mana sahaja. Sehinggalah ada satu ketika ibu bapak saya rajin kidnap anak-anak saya (masa tu saya ada 2 orang anak) balik Kulim untuk spent time bersama mereka.


Saya dan suami? Ditinggalkan berdua di Klang.

Ketika itulah, setiap detail pada suami saya nampak. Belakang tengkuk yang gelap minta discrub. Muka jerawat minta dirawat. Sejuk malam minta diselimut.

Kerana sebelum ni saya sibuk uruskan najis, muntah dan daki anak-anak. Sibuk untuk memastikan keselesaan anak-anak.

Kemudian semua berubah bila bapak dan ibu pindah Klang. So, kami jarang "ditinggalkan" berdua. Sehinggalah tahun ke 5 perkahwinan saya rasa "kosong" apabila bersama dengan suami.

Senyum dia kurang manisnya. Rajuk dia saya malas nak ambil pusing. Kami mula bergaduh. Selalunya saya yang mulakan. Dia seperti biasa diam dan membawa hati.

Semuanya kerana dia sibuk uruskan anak-anak (kerana masa dia lebih dengan anak-anak dan saya ketika itu sibuk bekerja di sebuah syarikat swasta).


Kemudian suami buat keputusan drastik. Tinggalkan anak-anak pada ibu bapa saya dan bawa saya ke Pulau Tioman. Berdua. Saya tak nak. Dia insist.

Kami ke sana selama 5 hari. 3 hari pertama, saya berkeras membawa haluan sendiri. Saya lebih layan novel dari dia. Saya banyak habiskan masa di telefon bimbit. Ketika itu rasa jauh meskipun tinggal dalam chalet yang sama. Hati lebih teringat pada anak-anak.

Sehinggalah

Suami mengajak pergi snorkeling. 1st event kami berdua di pulau itu. Cuba menjauhkan diri. Masih rasa kosong. Tapi semua berubah bila saya menyelam bersama suami melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut.

Ketika itu tidak tahu bagaimana tangan bertaut ketika menyelam. Banyak peristiwa berlaku ketika aktiviti snorkeling. Bagaimana kami dikejar obor-obor besar. Suami malas nak berenang dia hanya paut pada badan saya dan harapkan saya berenang seorang. Saya hanya menyumpah manja sambil tergelak bila rasa dipergunakan.

Dan semua bermula dari Tioman. Saya nampak dia. Saya nampak kasih sayang dia. Dia bukan lelaki romantik. Tetapi lelaki yang baik. You cant have all girls. In order to gain some you need to lose some.

Bermula saat itu, saya ubah DIRI SAYA. Saya kurangkan harapan agar dia berubah menjadi seperti suami kawan-kawan saya. Dia adalah dia.


Dan buat pertama kali selepas 5 tahun berkahwin, saya jatuh cinta semula. Dia menjadi sahabat karib saya sehingga kini. Dan kami pulang ke pangkuan anak-anak, dengan kasih yang lebih utuh.

Itu cerita 5 tahun yang dahulu.

Cerita berbeza bila suami mula menginjak 40-an dimana lelaki di usia ini memerlukan lebih perhatian dan belaian dari pasangan.

So, di pertengahan usia 30-an, saya kena cerdik dan cerdas membahagi masa antara anak-anak dan suami. Ketika ini juga saya hamil anak ke 5. Menguruskan syarikat dan sambung Master. Saya bersyukur amalan berpantang yang untuk ketika 3 kali berpantang banyak membantu saya aktif dan cergas menguruskan anak-anak dan memberi perhatian buat suami.

Penat? Usah cerita.

So, a small breakaway ketika Bengkel Herba di Langkawi bulan lepas sedikit sebanyak memberi ruang untuk saya memenuhi masa bersama suami. Hanya kami berdua.

We spent quality time together.

Masa ni lah berkesempatan bergaduh benda kecil-kecil. Merajuk. Marah. Kemudian berbaik balik.
Tiap-tiap malam kami drive sekitar Langkawi sambil bercerita pasal anak-anak, arwah abah, mak, my parents, our future (selalu pasal company sebab my husband a bit lousy bercerita pasal love live - hidup JAWA).

We had our arguments. But we make up easily. Dan masa inilah pertama kali air mata suami tumpah merindui arwah abah. After 2 months abah meninggal. And Im glad Im there for him during the breakdown.

So guys

Some marriage need extra work. Anak-anak boleh menjadi pengikat kasih sayang suami isteri, tetapi kadang-kadang [email protected] juga mempunyai naluri seorang anak-anak yang perlukan perhatian.

Suami kita masih seorang anak manja. Dan kita sebagai isteri sentias perlukan perhatian tak berbelah bahagi dari suami.

Ini fitrah kita.

Jadi jangan rasa bersalah tinggalkan anak-anak untuk pergi bercuti.

Anak-anak akan lebih bahagia melihat ibu ayah berkasih utuh sehingga tua.

Terima kasih buat ibu dan bapak saya yang banyak memberi kami ruang dan waktu untuk bersama sepanjang 10 tahun tempoh perkahwinan kami. Doakan perkahwinan kami kekal dalam suka dan duka bersama sepanjang hayat, seperti mak dan abah ibu dan bapak.

Sumber : Siti Aishah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  2. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli