Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sukar Nak Pulang, Netizen Malaysia Saling Membantu Untuk Pulang Mengundi Dengan Hashtag #pulangmengundi

Ditulis oleh Roti Tisu, 11 Apr 2018


Pilihan Raya Umum kali ini tampaknya lebih meriah apabila rakyat Malaysia dilihat saling bantu-membantu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengundi.

Perkara ini dapat dilihat apabila hashtag #pulangmengundi meghiasi laman media sosial sejak akhir-akhir ini. Antara yang popular adalah posting-posting dari mereka yang mahu memberikan pertolongan kepada orang ramai untuk balik mengundi terutama dari segi pengangkutan.





Bukan sekadar itu, netizen juga turut menggunakan #pulangmengundi untuk meminta pertolongan dari netizen yang mungkin mempunyai arah tuju yang sama dengan mereka tanpa mengira apa parti.




Sekiranya dilawati laman social media Twitter, boleh dikatakan hampir setiap minit #pulangmengundi dihantar oleh para netizen.

Ini merupakan satu petanda yang amat baik bagi pilihan raya bagi tahun ini kerana rakyat dilihat cuba berusaha keras untuk pulang ke kampung untuk membuang undi.

Mungkin juga peratusan keluar mengundi pada PRU kali ini lebih tinggi biarpun akan dijalankan pada hari Rabu?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah untuk pulang mengundi, gunakan #pulangmengundi untuk meminta bantuan orang ramai.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli