Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selidik Kandungan Animasi Kegemaran Anak Anda, Jangan Biar Mereka Jadi Mangsa Bisnes Soft Pornography

Ditulis oleh Eddy Hassan, 7 Apr 2018
3 ulasan

Isu pornografi adalah satu isu yang sangat membimbangkan para ibu bapa hari ini. Dengan kewujudan pelbagai medium, kandungan pornografi sebenarnya boleh diakses dengan sangat mudah oleh sesiapa pun. Tetapi yang lebih parah jika, anda sebagai ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak anda yang sudah kecil sudah pun terdedah dengan kandungan-kandungan pornografi sejak awal usia.

Malah, mungkin ada ibu bapa tidak tahu pun bahawa sesetengah animasi ataupun kartun yang kita benarkan anak-anak kita tonton sebenarnya mengandungi beberapa babak yang dikategorikan sebagai soft pornography.

Apa itu soft pornography? Soft pornography adalah adegan-adegan yang menjurus kepada adegan yang lebih intim.

Macam mana babak soft pornography ini? Di dalam siri animasi kegemaran anak anda, jika anda teliti mungkin ada beberapa babak yang melibatkan babak ciuman, bagi anda ia mungkin sangat romantis tapi sebenarnya ia tidak, ia mampu meninggalkan banyak kesan buat kanak-kanak yang tinggi dengan sifat ingin tahu.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Taufiq Razif ini. Malah beliau turut berkongsi beberapa info penting yang perlu ibu bapa tahu kenapa soft pornography ini sangat bahaya buat anak-anak. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah, semoga bermanfaat untuk kita semua.

Anak Kita Sasaran Bisnes Pornografi

Baru baru ni saya terpaksa selongkar dan delete beberapa movie kartun dalam laptop saya.

Kenapa?

Masa tengah tengok kartun bersama anak sulung saya Maryam Soolihah tiba-tiba keluar satu babak kartun tu tengah nak kissing. Tiba-tiba je anak saya tu tersenyum. Kononnya macam romantik la kan.

Ya Allah. Terus saya delete cerita tu! Berdebar-debar dada saya.

Ni la soft porn wahai mak ayah sekalian!

Saya lagi risau anak lelaki saya sebenarnya dibandingkan anak perempuan. Kenapa?

1. Anak lelaki ni fikirannya lebih fokus pada ransangan visual. Apa-apa ransangan visual memang akan cepat ditangkap oleh mata anak lelaki.

2. Anak lelaki lebih banyak hormon testosterone! Jadi mereka lebih cepat diransang oleh video dan filem yang ada adegan berahi walaupun cuma softporn!

3. Anak lelaki ni alat genitalnya di luar. Tu la kenapa mereka lebih sensitif dan cepat diransang walaupun oleh sekecil kecil ransangan!

Saya merayu sangat pada mak ayah semua. Tolong periksa balik handphone, tablet dan laptop anak-anak kita.

Tolong selongkar balik jenis video, filem dan browsing history anak-anak kita. Biarlah orang nak kata kita ni lapuk dan tak sporting. Yang nak kena tanggung dan menjawab kat akhirat nanti kita juga bukannya orang lain.

Sumber : Dr Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  2. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli