Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas 35 Tahun Berlalu, Arab Saudi Bakal Akhiri Sekatan Tayangan Filem Dengan Menayangkan Filem Black Panther

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 6 Apr 2018
2 ulasan

Arab Saudi kini bakal mengakhiri sekatan tayangan filem di negara itu yang telah berlaku selama 35 tahun lalu.

Tayangan filem yang bakal berlaku merupakan filem yang ditayangkan sejak 1980an dan filem yang menjadi pilihan adalah Black Panther terbitan Marvel.

Bukan sekadar tayangan, malah filem adiwira yang mencatat jualan lebih AS$1.2 bilion juga akan memecah rekod apabila berpeluang untuk mengadakan gala perdananya di negara Timur Tengah itu.

Pembubaran sekatan tayangan filem ini merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman untuk membawa perubahan daripada amalan terlalu konservatif dalam budaya negara itu selama beberapa dekad.

Menurut beberapa laporan, Disney dan rakan pengedarannyam Italia Film merancang untuk menayangkan filem pecah panggung itu di pawagam Arab Saudi pada 18 April.

Berita itu pastinya satu kejutan malah menggembirakan buat negara dengan populasi seramai 32 juta penduduk itu.

Gala perdana bagi tayangan filem tersebut dijangka diadakan di sebuah dewan di pusat kewangan King Abdullah di Riyadh.

Sumber- The Telegraph

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli