Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video)"Saya Tahu Naik Motosikal 5 Orang Salah," Kisah Sebenar Terjadi Kepada Ibu Ini Ramai Tak Tahu Buat Hati Sebak

Ditulis oleh Eddy Hassan, 1 Apr 2018
3 ulasan

Sejak semalam, tular beberapa rakaman video yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Nrftma Yussman yang memaparkan seorang wanita menunggang sebuah motosikal sambil dibonceng oleh empat orang anaknya.

Rakaman menyanyat hati itu menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal dengan seorang anaknya diletak dihadapan manakala 3 lagi yang lain saling berpaut antara satu sama lain di tempat duduk belakang motosikal tersebut.

Ujar Nrftma Yussman lagi, dia bersama temannya yang turut menunggang motosikal merasa lega kerana dapat menghulurkan bantuan dan meringankan beban wanita itu sekaligus mengelakkan risiko bahaya yang mungkin dihadapi oleh lima beranak tersebut. Dia turut mendakwa bahawa sepanjang perjalanan wanita itu daripada Selayang ke Damansara, tiada satu kereta pun yang berhenti untuk membantu wanita tersebut.

“Biasa tengok dalam TV je orang macam ni. Tapi semalam betul jadi depan mata dan saya dengan rakan yang tolong. Sombongnya manusia yang ada kereta. Pengorbanan seorang mak,” kata Nrftma Yussman yang membantu menumpangkan seorang daripada 4 orang anak wanita tersebut dan menghantarnya pulang hingga ke rumah mereka.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Suriani Azira Shahril, 32, memberitahu media bahawa dia ketika itu dalam perjalanan ke masjid di Damansara bersama empat orang anaknya untuk mengambil bantuan pada Jumaat lepas.

Dia juga turut berkongsi bahawa mereka hidup susah dan kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

“Kami hidup serba kekurangan. Kadang-kadang makan cukup, kadang-kadang tidak. Biasanya saya akan pergi ke Chow Kit untuk mendapatkan sumbangan makanan yang diberikan NGO (badan bukan kerajaan) kepada golongan gelandangan.

“Selepas tengah hari Jumaat, saya ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara untuk mendapatkan bantuan buat kami sekeluarga,” katanya yang turut mendedahkan bahawa dia merupakan ibu kepada 8 orang anak, bagaimana pun dua daripadanya sudah meninggal dunia.

Suriani turut memberitahu media bahawa mereka sekeluarga turut menerima bantuan zakat menerusi Baitumal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) sebanyak RM 350 sebulan. Katanya, suaminya yang bekerja sebagai kelindan lori pula menerima pendapatan bulanan sekitar RM 900 atau RM 1500 jika bekerja lebih masa.

Ketika berkongsi kisah disebalik rakaman tular tersebut, dia memberitahu bahawa mereka lima beranak ketika itu menempuh pelbagai dugaan ketika dalam perjalanan untuk mengambil bantuan tersebut bermula dengan motosikal yang ditunggang kehabisan minyak dan tersadai lebih setengah jam berhampiran Plaza Tol Sungai Penchala.

Mereka bagaimana pun dihampiri oleh seorang pemandu kereta yang berhati mulia apabila sudi menumpangkan mereka sekeluarga hingga ke masjid yang hendak dituju.

“Seorang lelaki menumpangkan kami anak-beranak, malah menghulurkan wang tunai untuk saya menaiki teksi bagi mengambil motosikal semula. Di masjid, saya mendapat bantuan wang tunai dan barang keperluan asas. Alhamdulillah, saya bersyukur,'' katanya.

Tidak terhenti disitu, wanita ini sekali lagi diuji apabila tersesat ketika dalam perjalanan pulang dan memberitahu bahawa ketika itulah dia disapa oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah dan rakannya. Mereka turut menawarkan bantuan untuk menumpangkan anak bongsunya yang berusia tiga tahun hingga sampai ke rumah.

Walaupun mengakui perbuatannya menunggang motosikal bersama empat orang anaknya adalah perbuatan berbahaya, namun Suriani sebagai ibu merasa lebih risau untuk meninggalkan mereka di rumah di Tingkat 14 yang turut boleh mengundang pelbagai bahaya sepanjang ketiadaanya. Manakala dua lagi anaknya berada di sekolah ketika itu.

“Saya berharap semua pihak faham keadaan saya. Syukur alhamdulillah kerana meskipun perjalanan agak ‘panjang’ dengan bermacam-macam dugaan, saya mendapat pertolongan daripada insan-insan yang berhati mulia,” katanya.








Sumber : mStar OnlineNrftma Yussman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  2. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli