Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Tak Tahu Mangsa Serangan Binatang Buas Layak Terima Bantuan Sehingga RM 20 Ribu, Lelaki Ini Kongsi Langkah-Langkah Memohon

Ditulis oleh Eddy Hassan, 3 Apr 2018

Ramai sebenarnya yang masih tidak tahu bahawa kerajaan telah menyediakan dana khas untuk mereka yang menjadi mangsa serangan haiwan ganas. Dana yang dikenali sebagai Tabung Bantuan Mangsa Serangan Ganas ini sebenarnya sudah wujud sejak tahun 2003 namun kami pasti, tidak ramai yang mengetahuinya.

Melalui tabung ini yang diletakkan di bawah selian Jabatan Kebajikan Masyarakat, mana-mana warga Malaysia yang menjadi mangsa serangan haiwan ganas iaitu gajah, seladang, babi hutan, harimau, beruang, ular sawa dan ular berbisa, haiwan primid seperti beruk, siamang serta ungka dan buaya layak mendapat bantuan sehingga RM 20 ribu.

Tapi bagaimanakah cara untuk memohonnya, kalau dengar pun tak pernah, cara nak memohonnya lagi lah kita tak tahu kan? Baru-baru seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fadhli telah berkongsi satu info yang amat berguna mengenai langkah-langkah untuk membuat permohonan dana tersebut.

Menerutnya, salah seorang daripada murid prasekolahnya telah dipatuk ular berbisa ketika sedang bermain di luar rumah. Kanak-kanak itu bernasib baik kerana doktor yang bertugas bertindak pantas untuk menyelamatkan nyawanya.

Namun ujarnya, ramai yang tidak tahu terutama ibu bapa menegnai kewujudan dana tersebut sekali gus hak anak tersebut yang menjadi mangsa haiwan ganas tidak dituntut. Malah, maklumat mengenai cara memohon dana ini juga boleh didapati di Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah untuk info lebih lanjut.

Ramai yang tak tahu !

DANA SERANGAN BINATANG BUAS @ BERBISA : Adakah Anda Tahu ?

Pengalaman merupakan sesuatu yang sangat berharga. Benarlah, setiap apa yang Allah berikan kepada kita baik ujian atau nikmat, merupakan pengajaran dan pembelajaran yang perlu kita pelajari dan hadapi. Dalam masa yang sama, pengalaman akan mematangkan cara tindak dan fikir kita.

Baru-baru ini seorang anak murid prasekolah saya telah dipatuk oleh ular yang berbisa. Kejadian ini berlaku di rumahnya. Ketika asyik bermain, seliparnya telah terjatuh ke dalam longkang. Murid ini memberanikan diri. Tangan di hulur bagi mencapai selipar. Tiba-tiba tangannya dipatuk oleh seekor ular berbisa.

Tangannya berdenyut-denyut sakit. Menurut ibu murid ini, setelah dipatuk ular, didapati anaknya mengalami muntah-muntah. Terus tanpa melengahkan masa mangsa dibawa ke hospital.

Tangan anak ini semakin membengkak. Tambahan lagi, murid ini mengalami demam. Pakar perubatan telah bertindak segera bagi menyelamatkan nyawa anak periang ini.

Ramai ibu bapa dan masyarakat tidak mengetahui bahawa kita boleh menuntut wang akibat serangan binatang buas. Serangan binatang buas ini tidak kira di mana berlaku dan terjadi.

Dana ini boleh dituntut sekali seumur hidup. Dana ini dipanggil Dana Serangan Binatang Buas. Hal ini telah dikongsikan oleh Puan Noratiqah Othman sebagai staff di Jabatan Perhilitan.

Berikut merupakan langkah-langkah bagi menuntut Dana Serangan Binatang Buas ;

LANGKAH 1

Panjangkan email aduan kepada [email protected] Antara kenyataan yang diperlukan ialah ; Laporan murid yang dipatuk ular, maklumat pengadu (nama penuh, dan kad pengenalan), nama mangsa, tempat tinggal dan nombor yang mudh dihubungi. Emailkan juga kepada [email protected]

LANGKAH 2

Mohon ibu bapa mangsa atau penjaga mendapatkan laporan doktor mengenai serangan haiwan berbisa. Pastikan mendapat maklumat yang tepat dari doktor. Jika tidak faham teruskan bertanya kepada pegawai yang ditugaskan. Laporan-laporan ini hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tuntutan serangan binatang buas.

LANGKAH 3

Ibu bapa atau penjaga mestilah sering ‘Follow up’ dengan pihak berwajib seperti email yang diberi, JKM dan PERHILITAN. Pihak JKM wajib mengusulkan kepada PERHILITAN untuk melayakkan murid tersebut untuk mendapat DANA.

Senangkan ?

Inilah merupakan langkah-langkah yang boleh di ambil oleh ibu bapa dan penjaga, bagi mendapatkan hak kanak-kanak yang telah uji dengan binatang buas dan berbisa. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber : Mohd Fadli, Kosmo Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli