Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Putus Haid Hampir 30 Tahun, Nenek Tak Sangka 'Sakit Perut' Yang Dialami Sebenarnya Tanda Nak Bersalin

Ditulis oleh farra vy, 5 Apr 2018

Alison Dent pernah menjalankan pembedahan membuang sebahagian sel serviks yang tidak normal diawal usianya 20 tahun, sebaik saja dia melahirkan anak perempuannya, Kylie.  Pembedahan tersebut membuatkan Alison tidak akan datang haid serta tidak boleh mengandung lagi.



Selama 30 tahun haidnya terhenti, Alison sekali pun tidak pernah terfikir bahawa akan mengandung lagi.  Semuanya berlaku apabila dia mengalami sakit perut yang disangka kembung kerana doktor mengesahkan bahawa Alison menghadapi IBS iaitu penyakit yang menyerang usus besar serta mengganggu saluran pencernaan secara kronik.



Ketika itu, dia percaya bahawa dia akan mati kerana keadaannya yang dialami itu sukar untuk dijelaskan.  Walaupun telah diberi ubat dengan beberapa rawatan susulan, doktor hanya mengatakan bahawa ia adalah disebabkan oleh angin yang berada didalam perutnya.

"Saya merasakan seperti ada pergerakan didalam perut."

"Perut saya terus membesar dan pergelangan kaki saya mula membengkak dan payudara saya juga sakit."




Alison akhirnya dikejarkan ke hospital pada Oktober Dent dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut dan jururawat berkata bahawa dia akan dibawa ke wad bersalin.

Dent kemudian memberitahu jururawat itu bahawa, "saya adalah seorang nenek dan saya tidak didatangi haid selama 26 tahun. Tidak mungkin saya boleh hamil."
Selepas beberapa imbasan dilakukan doktor memberitahu Dent bahawa dia mungkin mempunyai cyst di dalam perutnya. Dia kemudian dibawa pulang dalam keadaan bimbang kerana doktor masih tidak dapat memastikan punca sebenar masalah perut yang dialami.

Keesokkan harinya Alison mendapat berita paling mengejutkan apabila keputusan imbas itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya sedang hamil 32 minggu! 



"Ia bukan cyst tetapi ia adalah bayi," kata seorang jururawat.

"Bagaimana saya boleh hamil? Ia tidak masuk akal," kata Dent, tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Lima bulan selepas kelahiran cucu perempuan mereka, Caseylee, anak Alison yang diberi nama Bobby Charles pula dilahirkan.





Keterujaan Alison berlipat ganda apabila dia menjadi ibu dan nenek pada masa yang sama!  


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli