Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pusat Beli Belah Tawar Perkhidmatan Teman Wanita Untuk 'Disewa', Sesuai Untuk Anda Yang 'Forever Alone'

Ditulis oleh Sha Rossa, 3 Apr 2018

Bila sebut je negara China, memang banyak perkara pelik yang dibuat dan trend seakan yang tidak masuk dek akal. Ada sahaja idea mereka yang tidak terlintas di fikiran kita.

Terbaru, sebuah pusat membeli-belah di selatan China menawarkan perkhidmatan 'menyewa' teman wanita sebagai marketing terbaru untuk menarik pelanggan.


Sekumpulan model wanita seramai 15 orang dihimpunkan di atas podium dan pelanggan boleh memilih 'teman wanita' mereka dengan kadar sewa 11p (60 sen) selama 20 minit.


Perkhidmatan ini ditawarkan di pintu masuk kompleks membeli-belah di Vitality City di Bandar Heyuan di Selatan China.

Pelanggan yang mahu menyewa hanya perlu mengimbas kod QR menerusi telefon bimbit serta membuat pembayaran.

Sekiranya selepas 20 minit pelanggan tidak berpuas hati dengan 'teman wanita' mereka, model akan kembali ke podium dan menunggu tawaran lain dari lelaki seterusnya.


Lebih menarik, teman wanita itu bukan saja boleh menemani anda, malah mereka sedia mengangkat beg pelanggan sekiranya mereka dilayan dengan baik.

Lelaki yang kesepian dan mencari teman untuk semetara waktu boleh membawa mereka keluar makan. Namun syarat ketat yang ditetapkan adalah tiada sentuhan dibenarkan sama sekali.


Teman wanita untuk 'disewa' ini sesuai untuk lelaki yang 'forever alone' di luar sana. Betul tak? Apa pandangan anda?


Sumber : Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli