Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Perkhidmatan 'Sewa' Duit Mas Kahwin Demi Maruah Keluarga'', Boleh Tengok Tapi Dilarang Sentuh

Ditulis oleh Sha Rossa, 14 Apr 2018

Majlis perkahwinan sememangnya satu majlis yang paling besar dalam hidup melibatkan ramai tetamu termasuklah keluarga dan rakan-rakan. Namun, faham sahajalah dengan tuntutan ekonomi yang semakin mendesak, ada yang tidak mampu menyediakan segalanya.

Oleh itu, sebuah syarikat di Romantiese Chiang Mai tampil dengan idea baru iaitu 'menyewa' mas kahwin kepada pasangan untuk dipamerkan pada hari perkahwinan mereka demi menjaga maruah keluarga. Ini kerana mas kahwin menjadi satu simbolik atau bahagian yang paling penting dalam perkahwinan masyarakat Thailand.


Romantiese menawarkan sewaan wang tunai, emas dan juga kereta. Ia merangkumi wang tunai bernilai sehingga THB10 juta (RM1.2 juta), emas seberat sehingga 100 baht (1 baht bersamaan 15 gram) dan kereta Mercedes kepada pasangan yang mampu membayarnya.

Idea tersebut datang dari pasangan Tawan Supanontakorn, 31, dan isterinya Kangkai, 28, yang mengakui ilham dari pengalaman perkahwinan mereka sendiri yang tidak mampu mempunyai mas kahwin yang mahal.


“Kami berkahwin sejak 5 tahun lalu, mengimpikan mempamerkan emas dan wang tunai untuk menghormati keluarga, tetapi tidak mampu. Jadi kami berharap perniagaan ini akan membantu semua pengantin mengukir memori indah pada hari perkahwinan mereka,” kata mereka.

Menurut sumber, Romantiese menawarkan kadar sewa wang tunai bernilai sehingga THB10 juta (RM1.2 juta) dan emas yang beratnya sehingga 100 baht kepada pasangan yang mampu membayarnya.

Contohnya, untuk mendapatkan wang tunai berjumlah THB500,000 (RM620,000) dan kereta Mercedes dipamerkan di perkahwinan mereka, pasangan perlu membayar THB35,000 (RM4,350).

Satu lagi pakej yang disenaraikan oleh syarikat itu membolehkan pasangan menyewa mas kahwin bernilai THB1 juta (RM125,000) serta Mercedes dengan hanya membayar THB49,999 (RM6,200).

Dalam tempoh tiga bulan sejak Romantiese mula menawarkan perkhidmatan ini, mereka telah menyewa mas kahwin kepada lebih 10 pasangan, dengan jumlah tertinggi tunai yang disewa sebanyak THB1 juta(RM1.2 juta).

Menurut pasangan itu lagi, wang dan emas yang disewakan bukan bertujuan untuk digunakan sebaliknya sekadar hiasan.

Untuk itu, pasangan harus menandatangani kontrak persetujuan terlebih dahulu supaya tidak menyentuh barang-barang yang disewa sebaliknya akan hanya dikendalikan oleh kakitangan Romantiese.

Siakapkeli.my

Sumber : Coconuts Bangkok
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen tersebut?
    Coba main disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli