Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Perkara Yang Mommy Takutkan Selama Ini Akhirnya Terjadi", Ibu Sebak Kehilangan Anak Dengan Keadaan Lemas Tertangkup Dalam Buai

Ditulis oleh farra vy, 10 Apr 2018
Pernah suatu ketika dahulu isu buaian kain atau jaring ini dibangkitkan kerana ada segelintir ibu bapa menganggap bahawa buaian itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya.  Buaian boleh menjadi satu punca kecederaan pada kepala bayi dan mengakibatkan kerosakan otak.  Ini kerana terdapat kes melibatkan buaian ini kebanyakkannya melibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Ia berpunca apabila goyangan atau henjutan buaian itu menghasilkan pergerakkan yang boleh mengalihkan otak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak dan mengakibatkan saluran darah bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah langsung menghasilkan pendarahan otak subdural.

Namun, perkongsian kali ini lain dengan apa yang pernah terjadi tetapi masih melibatkan penglibatan buaian bayi.  Shazzy Wanie dengan rasa sebak dan terkilan berkongsi melalui Facebook miliknya tentang kehilangan cahaya mata baru-baru ini yang baru saja berusia 10 bulan diragut nyawa kerana  penggunaan buaian tanpa pengawasan penjaga.

Ikuti perkongsian ibu ini semoga menjadi panduan buat para ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati dengan penggunaan buaian kain atau jenis jaring yang berisiko mengakibatkan kemalangan kepada anak-anak anda.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah selesai sudah urusan pengkebumian jenazah anak lelaki kesayangan kami Mikhael Sufyan pagi tadi. Hujan renyai turun sewaktu solat jenazah dijalankan dan cuaca redup di tanah perkuburan memudahkan segala urusan.

Syukur alhamdulillah allah pinjamkan selama 10 bulan seorang anak lelaki cukup sempurna untuk kami bermanja dan berkasih syg. Dah tiba masa untuk dikembalikan pinjaman Allah yg paling bernilai tu.



Ramai yg bertanya apa yg terjadi.. Berat untuk saya ungkapkan dgn kata-kata. Kerana ajal dan maut telah ditentukanNya. Cuma asbabnya saja mungkin berbeza2. Tiada niat saya untuk menyalahkan mana2 pihak. Sekadar untuk perjelaskan apa sbnrnya yg dah berlaku supaya tidaklah ramai tertanya2.

Dah jadi bahagian Mikhael meninggal dunia akibat lemas dalam buaian di rumah babysitter dan bahagian saya dan keluarga untuk menerima takdir dariNya. Arwah ditemui dlm keadaan terlangkup di dalam buaian dlm keadaan tidak sedarkan diri dan tiada denyutan nadi lagi sewaktu tiba di klinik berhampiran. Walaupun bantuan masih diberikan dlm ambulance ke hospital, dan juga sewaktu tiba di hospital, malangnya, masih tiada respon dan anak kesayangan kami disahkan meninggal dunia pada hari jumaat penuh barakah, 6/4/2018, jam 1.20 ptg. Hujan turun selebat2nya turut menangisi pemergian anak kami.

Sungguh.. Cukup berat ujian dariNya buat kami sekeluarga. Namun, kami redha dgn ketentuan dariNya dan syukur dgn nikmat dalam ujian ni.

MIKHAEL SUFYAN ANAK YG TERPILIH UNTUK JADI ANAK SYURGA dan kami IBUBAPA TERPILIH UNTUK MEMILIKI ANAK SYURGA.

Allahuakbar. Perkara yg paling mommy takutkan selama ni, berlaku akhirnya. Kehilangan seseorang yg sgt sgt sgt kami sayangi. Moga Allah ganti dgn sebesar2 ganjaran dan hikmah buat kami sekeluarga dan dititipkan ketabahan, kesabaran, ubati kerinduan dan kesedihan ni untuk harungi kehidupan mendatang. Aamin in sha allah.

Terima kasih buat semua yg bersama2 kami dari awal hingga akhir urusan. Mohon sedekahkan AL FATIHAH untuk #MikhaelSufyan yea bila ade kelapangan. Terima kasih.

Gambar Hiasan


Update 8/4/18:

Terima kasih atas doa kalian semua. Sememangnya membantu sy lebih kuat menerima kehilangan. Maaf belum ade kekuatan untuk bls komen ws dll. Hati dan jiwa masih rapuh lagi2 dlm usaha pulihkan semangat anak sulung #MelissaSofea yg juga rindukan adik kesayangannya.

Saya terbaca ramai yg bertanya ttg buaian. Sy mmg tidak gunakan buaian utk anak2 di rumah sendiri tetapi atas permintaan babysitter utk mudahkan urusan menjaga anak saya bersama anak2 asuhan lain, saya benarkan untuk anak saya diletakkan di dalam buaian. Setahu saya buaian yg digunakan di rumah babysitter jenis berlubang tanpa bantal.

Berbalik pd hari kejadian.. Arwah dihantar ke rumah babysitter dlm keadaan aktif, happy, hanya selsema. Malah, malam sebelumnya merupakan hari pertama arwah berdiri sendiri tanpa support. Saja nak buat mommydaddy happy kot.

Anyway, hasil postmortem, paru2 arwah banyak lendir dan itu jadi asbab arwah mudah sesak nafas dan lemas bila terlangkup di dalam buaian. Sedangkan memang habit tidurnya mengiring atau meniarap. Mcm yg sy katakan, itu semua asbab untuk pemergiannya yg sememangnya telah tertulis. Mungkin Allah tau saya xcukup kuat jika arwah anak pergi sewaktu dlm jagaan saya, maka diambil kesayangan saya sewaktu dia bersama orang lain.

Allahuakbar... Allahuakbar.... Allahuakbar!!!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. "Ingin Bermain Togel Online ?
    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
    Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman &

    Live Casio
    Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%
    Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit
    Untuk Info Lebih Lengkap

    : KELINCI99.ORG
    Di Jamin 100% Aman & Terpercaya
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
    Minimal Deposit Rp.20.000
    Minimal

    Withdraw Rp.50.000
    Bet Invest Tidak Ada Batas Line
    Minimal Bet 1.000
    Tunggu Apa Lagi ? Daftar Sekarang Juga Di :

    www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"


    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli