Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perhatian Kaki Drama TV, Ini Peluang Untuk Anda Menang 5 Pasang Tiket Eksklusif Dan Berjalan Di Karpet Merah Drama Festival KL 2018

Ditulis oleh firdausishak, 5 Apr 2018
One Comment

#MasaUntukDrama merupakan tema untuk Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) tahun ini. Kembali dengan edisi ke-5, selain menjadi sebuah platform kepada penggiat seni muda melalui pertandingan drama pendek, pembentangan idea dan ujibakat lakonan, DFKL turut meraikan penggiat seni tanah air pada Malam Anugerah DFKL 2018.

Tahun ini DFKL menampilkan Syazuwan Hassan dan Pauline Tan sebagai duta. Turut menyertai mereka adalah Jason Chong dan Jason Kok sebagai panel yang akan berkongsi ilmu mengenai pengarahan dan pembikinan filem di bengkel DFKL 2018. Manakala 6 lagi panel dengan barisan karyawan hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Eirma Fatima, Datin Diana Danielle, Fasha Sandha, Sheila Rusly, dan Shahrulezad.

Pada korang yang kaki drama TV, korang berpeluang untuk berjalan di karpet merah bersama Azira Shafinaz di acara DFKL 2018 nanti.  Sebanyak 5 pasang tiket eksklusif akan diberikan kepada pemenang bertuah. Nak tau cara nak menang?


Sebelum tu nak bagitau, Wall’s akan hadir rekaan baru untuk Ice Cream Sandwich edisi khas. Krim aiskrim gabungan perisa vanila dan cokelat ini diapit dengan biskut dengan 30 rekaan emoji baharu, sedap dimakan waktu tengok drama TV betul tak?


So apa kaitan aiskrim dengan DFKL? Selain menjadi snack pilihan waktu tengok drama, sebenarnya Wall’s tengah buat pertandingan selfie di Instagram. Pemenang akan memenangi 5 pasang tiket eksklusif dan peluang untuk catwalk kat karpet merah dengan Azira Shafinaz.

Cara dia mudah je, beli Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich kat mana-mana kedai yang berhampiran, ambik selfie paling cun, fun, kelakar bersama Wall’s Selfie Ice Cream Sandwich dan muat naik ke Instagram anda bersama #WallsSnekfie.


Dengan 30 design baru yang instaworthy, korang boleh buat bermacam-macam gaya kreatif mengikut imaginasi masing-masing. Korang jugak boleh share gambar #WallsSnekfie korang kat ruangan komen FB Siakap Keli. Sapa paling kreatif kitorang belanja makan aiskrim. Tapi takut bila pos nanti cair la pulak. Korang beli sendiri je lah, harga satu RM 1.90 je. Boleh buat snek ringan, tambah-tambah waktu cuaca panas sekarang ni. Lagipun siapa je yang tak suka aiskrim?.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web Wall’s Malaysia atau www.walls.com.my/wallssnekfie  

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli