Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penumpang Wanita Hampir Tersedut Keluar Dari Pesawat Selepas Cermin Pecah Akibat Enjin Meletup

Ditulis oleh Roti Tisu, 18 Apr 2018

Sebahagian badan seorang penumpang sebuah pesawat Southwest Airlines tersedut keluar dari pesawat tersebut apabila cermin tingkap pesawat itu pecah berikutan terkena serpihan akibat dari letupan enjin, dakwa penumpang dalam pesawat Boeing 737-700 itu.


Pesawat terbabit; yang berlepas dari lapangan terbang LaGuardia di New York untuk ke Dallas; membuat pendaratan cemas di Philadelphia 10 minit selepas enjinnya meletup pada ketinggian 32,000 kaki.


Pesawat terbabit membawa 143 penumpang dan lima kru.

Menurut salah seorang penumpang, serpihan itu memecahkan cermin tingkap di tepi penumpang wanita yang tersedut (sebahagian) ketika pesawat itu sedang turun.



"Seorang penumpang, wanita, (sebahagian dari badannya) tersedut keluar dari pesawat. Dia berjaya ditarik balik oleh penumpang lain," kata Todd Bauer kepada NBC 10.

Wanita itu telah dibawa ke hospital dan tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami namun saksi menyifatkan 'darah dimana-mana' ketika kejadian.

Penumpang-penumpang pesawat itu turut berkongsi kejadian cemas itu di media sosial.




Juruterbang pesawat, Tammy Jo, disebut sebagai hero kejadian apabila berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat dan pantas.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "