Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Penama KWSP Dah Ada Nama Isteri Belum?'' Segera Daftar Nama Isteri Anda Sebagai Penama Sebelum Terlambat

Ditulis oleh Sha Rossa, 10 Apr 2018

Penamaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sangat penting bagi mengelak timbulnya masalah agihan simpanan dalam kalangan keluarga sekiranya anda meninggal nanti.

Sikap tunggu dan lihat serta tidak faham kepentingan penamaan waris menjadi antara faktor masih ramai yang tidak membuat penamaan waris untuk simpanan KWSP mereka.  Bila ada penamaan waris, semua pihak sudah tahu ke mana atau siapa yang berhak mendapat wang tersebut. 

Bayangkan, bila suami meninggal dunia dan penamaan tidak dilakukan, yakinkah anda kebajikan anak dan isteri akan terjamin? Sudah banyak kes berlaku, duit boleh membuatkan manusia hilang akal walaupun darah daging sendiri, jadi beringatlah demi masa depan.

Perkongsian oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria melalui laman facebook boleh dijadikan peringatan buat masyarakat di luar sana. Jangan ambil mudah. Semoga bermanfaat ! 

Kemas file. Terjumpa sekeping kertas ini.


Isteri-isteri, kat maklumat penama KWSP suami dah ada nama awak ke belum? Ke masih nama ibu suami? Ayah suami? Adik-beradik suami?

Untuk masa depan anak-anak, acik nasihatkan penama tu pastikan nama awak. Bukan apa, duit boleh buatkan manusia hilang akal. Atok nenek lupakan kebajikan cucu. Pakcik makcik tak peduli walau pun anak saudara sendiri merempat takde tempat tinggal. Kebuluran tak makan.


Dah banyak kes diceritakan kat fb. Jangan fikir "benda ni takkan jadi kat aku". Kita tak tau masa depan. Sebab duit boleh bermusuh, putus saudara. Penama bolot semua duit, anak isteri terkontang-kanting.

Nota tambahan:

Memandangkan ramai yang keliru.

1. KWSP jatuh bawah faraidh. Penama adalah orang yang diamanahkan untuk urus & bahagikan duit tu nanti. Penama bukan orang yang dapat duit. Fahamkan betul-betul.

Sebab tu acik sarankan letak nama isteri supaya hak anak tak dicuri nanti. Kalau penama tu nama orang lain, takut anak tak merasa.

2. Duit KWSP boleh dihibahkan kepada isteri & anak-anak semasa suami masih hidup.

3. Jangan letak anak bawah 18 tahun sebagai penama KWSP.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini
    BBM 7ACD8560, Line Updatebetting, Whatsapp +855 979 542 957

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli