Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peminat Tegar Bola Sepak, Ini Cara Paling Mudah Untuk Terbang Ke Russia Menonton FIFA World Cup 2018.

Ditulis oleh Roti Tisu, 12 Apr 2018
2 ulasan

     Kehangatan kejohanan bola sepak paling agung FIFA World Cup 2018 semakin dirasai oleh kesemua peminat bola sepak di seluruh dunia. Walaupun pasukan tempatan kita masih lagi belum mencapai tahap untuk layak ke FIFA World Cup 2018 tahun ini, tetapi kami percaya mesti ramai peminat yang menyimpan angan-angan untuk ke sana untuk menonton secara langsung. Makwe Russia pun dengar cerita banyak yang lawa-lawa. Mana tau mula-mula pergi nak tengok bola, balik Malaysia bawak balik cendera hati bini dari Russia.
       Pertama sekali kalau nak ke sana, kita kena tengok harga tiket dulu. Harga tiket untuk menonton FIFA World Cup 2018 dijual mengikut kategori dan setiap kategori adalah berbeza harganya mengikut peringkat. Harga tiket untuk Final sudah semestinya lebih mahal daripada harga tiket untuk peringkat Grouping.


     Kategori ke-4 merupakan kategori tiket paling murah namun ianya hanyalah untuk warga tempatan Russia. Tiket paling murah buat anda sebagai rakyat Malaysia ialah RM437.33. Ini kalau cerita pergi ke Russia dengan duit poket sendiri. Belum masuk tiket tambang dengan duit poket lagi.



 

          Kalau anda masih lagi bercita-cita untuk ke sana tetapi tak cukup modal, ada lagi beberapa cara untuk berpeluang untuk menonton FIFA World Cup 2018, ditaja sepenuhnya oleh Vivo Malaysia. Yang bestnya, anda akan diapit dan diiringi oleh Janna Nick. Peuwitt.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyertai pertandingan selfie FIFANtastic;
Langkah 1 : Snap gambar dengan ada unsur vivo, V9 dan FIFA

Langkah 2 : Post gambar korang di ruangan komen post ni (https://goo.gl/wjeXJB) dengan hashtag #vivoxFIFA2018 #2018FIFAWorldCupRussia #OfficialSmartphoneSponsor #V9 #FIFANtastic

Langkah 3 : Lepas tu  terus kongsikan post tu (https://goo.gl/wjeXJB) kat FB korang dan pastikan post tu di set untuk umum! Jangan lupa Hashtag #vivoxFIFA2018 #2018FIFAWorldCupRussia #OfficialSmartphoneSponsor #V9 #FIFANtastic



Boleh juga rujuk video kat bawah ni untuk keterangan lebih jelas.

          Cara ke-2 agak sukar sedikit kerana anda memerlukan skill yang mencukupi dalam permainan FIFA 18. Anda perlu melalui rintangan bermain FIFA dalam kejohanan Rah Rah Russia Football Esport Tournament 2018, yang juga dibawakan oleh Vivo dengan kerjasama eGG Network.




      Bagi yang merasa diri tu handal bermain FIFA 18, ini peluang emas untuk beradu tenaga sambil cuba merebut hadiah utama pertandingan ini iaitu RM5,000 + RM2,000 bersama tiket ke Rusia untuk dua orang. Boleh daftar untuk mengambil bahagian di sini. Anda juga boleh rujuk artikel kami sebelum ini tentang Rah Rah Russia Football Esport Tournament 2018 di sini.

       Selamat mencuba wahai kaki bola sekalian. Yang tak kaki bola pun boleh je cuba masuk pertandingan selfie #FIFANtastic tu. Mana tau kalau menang boleh jual kat kaki bola yang tak menang tu. LOL.




      Sambil-sambil tu mai cek nak cerita sikit pasal peranti yang baru je diperkenalkan oleh Vivo Malaysia selaku penaja rasmi FIFA World Cup 2018, iaitu Vivo V9. Dengan tagline 'Vivo V9 AI Selfie perfect shot perfect view', anda boleh jangkakan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada kepada kamera selfie yang gempak dengan lensa 24MP di hadapan.


      Selfie, selfie jugak tetapi Vivo tidak melupakan kepentingan kamera utama dengan membawakan sistem dwi-kamera 16MP + 5MP . Peranti ini juga dilihat antara peranti terawal yang mengetangahkan paparan skrin penuh dengan rekaan Full View dengan paparan skrin berukuran 6.3 inci pada badan telefon yang hanya berukuran 5.5 inci. Anda akan dapat lebih paparan dengan Vivo V9.



Vivo turut tidak ketinggalan dalam mengimplimentasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) iaitu AI Smart Engine dimana ia akan mempelajari sikap pengguna dalam mengoptimumkan prestasi peranti ini.


V9 dilengkapkan dengan android versi terbaru 8.1 dan dikuatkuasakan dengan cip pemprosesan 10 teras Qualcomm Snapdragon 626 bersama 4GB RAM dan 64GB ROM. Vivo V9 dijual ke pasaran Malaysia pada harga RM 1,399 di Lazada.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co menang berapa pun pasti kami bayar

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli