Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Monyet 'Culik' Bayi Hingga Maut Kini Diburu Polis

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 4 Apr 2018
No Comment

NEW DELHI: Seekor monyet yang dipercayai telah 'menculik' seorang bayi lelaki berusia 17 hari di kediaman keluarganya kini diburu pihak polis.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, ibu bayi tersebut melihat insiden itu di kediaman mereka di perkampungan Talabasta, di timur New Delhi, namun dia tidak sempat menyelamatkan anaknya.

Lebih menyedihkan apabila bayi itu ditemui di dalam pergi dengan keadaan tidak bernyawa lagi.

"Saudara mereka menemui mayat bayi itu di dalam perigi di belakang sebuah rumah, sehari selepas ia dilarikan haiwan tersebut.

"Laporan bedah siasat menunjukkan bayi itu meninggal dunia kerana sesak nafas  berpunca daripada lemas.

"Ia mungkin terjatuh ketika dikendong haiwan tersebut," jelas SM Baral.


Katanya, kes sebegini jarang berlaku meskipun monyet disitu sering menyebabkan kemusnahan harta benda di kawasan tersebut.

"Kami harap dapat tangkap monyet itu dalam tempoh seminggu," ujarnya yang menjelaskan polis turut bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk menangkap haiwan terbabit.

Sumber- HindustanTimes
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli