Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Maafkan Ibu Sebab Harraz Tak Sempat Minum Susu Ibu'', Kehilangan Anak Syurga, Luahan Wanita Ini Buat Netizen Sebak

Ditulis oleh Sha Rossa, 10 Apr 2018

Cahaya mata adalah harta paling berharga di dunia ini. Kelahirannya adalah anugerah dari Allah yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Pasti ibu-ibu tidak sabarkan menanti buah hati yang bakal lahir?

Namun siapa sangka rezeki kehadiran cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini cumalah pinjaman sementara buat mereka. Kebahagiaan yang diberi ditarik secara tiba-tiba, tapi siapa kita untuk melawan takdir illahi.

Coretan oleh Yaya Faizal melalui laman faecbooknya mengundang sebak netizen yang membaca. Wanita ini diuji dengan ujian yang paling berat dalam hidup, kehilangan anak ketika masih bayi. Hati ibu ayah mana yang tidak remuk, bayangkan saja kita di situasi mereka.

Mari ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Bersabarlah kerana ada hikmah kepada setiap apa yang berlaku.

Dah 9 hari anak syurga ni tinggalkan aku.. ramai pm wasap tanya kenapa dgn baby.. sori.. takde kekuatan lagi nk reply.. hari ni rasa segar sikit.. boleh la nk cerita..


1 Apr 2018

Pagi tu rasa dia gerak dlm 2 kali je.. then mkn ais.. mkn benda manis.. sama je.. takde respon.. gitau husband.. then tunggu die balik keje.. petang tu siap2 g hpd.. sampai hpd scan and check jantung baby.. mmg tak cun..

Doc pecah air ketuban.. air ketuban dh colour hijau.. baby berak dalam perut benda yg sama jd mcm ecah.. tapi kali ni hijau dia mmg pekat.. ntah berapa kali die berak.. kesian anak ibu.. terus emergency opret.. time tu nangis2 dah.. dtg nk check baby je.. kena opret time2 tu jugak memang tak ready mental dan fizikal redha..

Baby dh keluar doc kata baby dh biru.. ramai kerumun kat baby time tu.. hati mmg tak sedap.. doc suruh sabar, tanya doc baby apa? Die jwb senyum sinis.. IT'S A BOY.. rasa nk bangun shuffle..kau byg kn check 4d pon xnmpk gender.. punya la die nk suprise kat aku..

Tak sabar2 nk keluar bilik ot nak bagitau husband dapat anak lelaki.. tapi aku tengok muka semua orang kat situ sume muka risau.. doc yg belah perut aku die tgk baby terus tengok muka aku.. aku tanya kenapa dengqn baby aku.. diasuruh aku banyak2 bersabar.. kalau korang kat tempat aku korang boleh sabar ke? then diorang bawak keluar baby.. dia ckp baby kena hantar htj sebab baby tak boleh nafas sendiri.. aku blurrrrr..

Dah masuk wad husband ada gitau pasal baby tapi still blur.. husband dh balik.. doc datang gitau anak aku sekarang tengah tenat and berada kat htj.. nangis senangis nangisnya...

3 Apr 2018

Dapat keluar memang tak sabar2 nak g htj.. pagi tu terus g icu tengok anak aku.. sampai2 berselirat wayar sana sini.. hidung mulut keluar darah.. doc kata usus and perut dah rosak.. thats why darah asyik keluar.. kesian anak ibu.. tak sanggup nak tgk.. doc ckp hidup dia bergantung pada mesin je..
oksigen dh bg 100%..


Doc cakap hati and limpa dia membengkak sebab jangkitan kuman.. dia dah makan taik dia sendiri.. Allahuakhbar berat sungguh aku nak terima semua ni.. doc ckp dia memang tak boleh hidup lama.. kalau hidup pon jangka hayat dia kejap je sebab bergantung pada mesin yang ada.

Bincang dengan doc.. ok slowkan ubat.. and dia akan pergi slow2.. aku dapat peluk cium dia.. nurse2 kat situ bagi peluang kat aku.. bagi kata2 semangat.. tenangkan aku.. tq nurse2 wad icu htj..

4 Apr 2018

Sepanjang malam aku tak tidur.. perut sakit kena belah aku hiraukan.. mata mcm kena penumbuk dah asyik menangis.. badan sakit2.. breast jangan ckp la.. mcm nk meletop.. aku abaikan semua tu sebab aku tau kejap lagi dia nk pergi.. 6.20am.. aku cium3 pipi die.. wangi anak ibu..




Maafkan ibu sebab harraz tak sempat minum susu ibu.. harraz tak sempat pakai baju baru.. baby dh tak gerak nafas dia time tu.. aku tau die dah takde.. perut dia bergerak pon sebab mesin.. jantung dah takde degupan..

Aku tenung muka dia sedalam dalamnya.. dalam hati aku ckp pergi nakkk.. ibu redha.. syurga tempat mu.. 7am doc sahkan dia dh takde.......



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. "Ingin Bermain Togel Online ?
    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
    Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman &

    Live Casio
    Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%
    Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit
    Untuk Info Lebih Lengkap

    : KELINCI99.ORG
    Di Jamin 100% Aman & Terpercaya
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
    Minimal Deposit Rp.20.000
    Minimal

    Withdraw Rp.50.000
    Bet Invest Tidak Ada Batas Line
    Minimal Bet 1.000
    Tunggu Apa Lagi ? Daftar Sekarang Juga Di :

    www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"


    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli