Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KKM Arah Pengimport Tarik Balik 2 Produk Ikan Sardin Tin Dari China Dipercayai Mengandungi Cacing

Ditulis oleh Eddy Hassan, 20 Apr 2018

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung dakwaan penemuan cacing di dalam produk ikan sardin tin yang diimport daripada China. Laporan tersebut yang mula tular di Indonesia menyebut bahawa Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia telah mengarahkan tiga pengimport untuk menarik balik produk tersebut daripada pasaran selepas pemeriksaan yang dibuat badan tersebut menemui cacing mati di dalam produk terbabit.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk memberitahu bahawa pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan terhadap semua produk termasuklah produk ikan sardin dalam tin.

Katanya, hasil analisis yang dibuat pihaknya mendapati bahawa dua produk, iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana didapati mengandungi benda asing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.



Beliau turut memaklumkan bahawa KKM telah pun mengarahkan pihak pengimport untuk menarik semula kedua-dua produk tersebut daripada pasaran tempatan. KKM juga pada masa yang sama terus memantau produk-produk lain yang masuk melalui pintu masuk negara  dan sekiranya didapati melanggar Akta Makanan 1983, tindakan akan diambil.

Melalui kenyataan akhbar yang sama juga, beliau meminta orang ramai untuk berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah jika mempunyai pertanyaan berkaitan produk makanan. Orang ramai juga boleh berhubung dengan KKM melalui laman webnya di http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau melalui facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang pertanyaan.

Sumber : Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "